My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 19 April 2015

    TERGEMPAR : PERDANA MENTERI MENGOSONGKAN DAN MENYERAHKAN KERUSI PERDANA MENTERI???

    Sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada jam 10 pagi Isnin ini apabila Yang Amat Berhormat, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak di laporkan akan mengosongkan dan menyerahkan kerusi Perdana Menteri. Menurut sumber, beliau sememangnya telah lama mempunyai keinginan untuk mengosongkan kerusi berkenaan sebelum serangan bertalu-talu dari Tun Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini.

    Di laporkan juga sejak lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Hussien Obama yang lepas, Obama juga menasihatkan Perdana Menteri supaya mengosongkan dan menyerahkan kerusi berkenaan kepada pihak yang berkenaan kerana semakin lama Dato Seri Najib menduduki kerusi Perdana Menteri, semakin teruk tekanan dan mungkin akan membahayakan nyawa beliau sendiri. Lagipun imej negara juga mungkin akan terjejas jika beliau berkeras tidak mahu menyerahkan dan mengosongkan kerusi Perdana Menteri berkenaan

    Menurut laporan juga pada minggu lepas, terdapat sekumpulan lelaki telah ke pejabat beliau di Jabatan Perdana Menteri bagi membincangkan dengan serius prosider dan perjalanan penyerahan kerusi Perdana Menteri berkenaan. Jelas tergambar perasaan sedih di wajah Perdana Menteri dan isteri sewaktu kata putus di capai setelah perbincangan hampir sejam, iaitu Isnin ini tepat jam 10pagi adalah waktu paling sesuai untuk menyerahkan kerusi berkenaan.

    Kumpulan lelaki yang terpaksa di rahsiakan identiti ini juga menasihatkan Perdana Menteri supaya bersabar kerana KERUSI BARU YANG DI MINTA PERDANA MENTERI INI MASIH DI KEDAI PERABOT DAN AMAT MEMAHAMI NILAI SENTIMENTAL YANG ADA DI KERUSI BERKENAAN SEMENTELAH KERUSI BERKENAAN SUDAH DI DUDUKI PERDANA MENTERI HAMPIR 5 TAHUN TANPA DI GANTI BARU.

    Ops...Situasi berkenaan hanya rekaan semata-mata. Mungkin ada pihak-pihak yang berharap kejadian ini benar-benar berlaku iaitu Perdana Menteri menyerahkan kerusi berkenaan kepada pengganti beliau. Tapi semua itu hanya mimpi. Mimpi kepada Pembangkang dan pendokong serta pentaksub Tun. Realitinya, Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan kewajipan kita untuk terus hormat dan taat kepada ketua selagi tidak menyesatkan aqidah dan menzalimi rakyat sehingga kebuluran...

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 comments:

    Item Reviewed: TERGEMPAR : PERDANA MENTERI MENGOSONGKAN DAN MENYERAHKAN KERUSI PERDANA MENTERI??? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top