My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 4 April 2015

    TTB-SUATU INISIATIF KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

    Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman semalam secara rasminya merasmikan Terengganu Transformasi Baru (TTB-Brotherhood) di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di Kuala Terengganu. Pada majlis yang di hadiri kira-kira 500 orang iniTTB merupakan 1 inisiatif kerajaan Negeri Terengganu dalam membentuk sahsiah anak muda dalam berbakti kepada masyarakat dan negeri amnya.

    Apakah TTB dan apakah tujuan penubuhannya? TTB membawa maksud Terengganu Transformasi Baru antara lain merialisasikan hasrat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib dalam mentranformasikan gaya pentadbiran yang lebih mesra rakyat.Idea asal penubuuhan TTB ini sebenarnya di bawa oleh mantan Menteri Besar Terengganiu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad atas kesedaran beliau dalam membentuk sahsiah terbaik di kalangan anak-anak muda di Terengganu. Seterusnya idea ini di bawa dan di perhalusi oleh setiap Menteri Besar selapas beliau dan akhirnya pembentukan TTB-Brotherhood di realisasikan oleh Dato Haji Ahmad Razif semalam.

    Seperti pertubahan yang lain, TTB-Brotherhood antara lain mendukung 8 prinsip utama iaitu
    1. Berasaskan kepada Al Quran dan Hadis
    2. Mengimarahkan Masjid dan Surau
    3. Konsep dan prinsip keluarga bahagia
    4.Berintegriti yang bersih dalaman dan luaran
    5. Mesra tetapi tegas
    6. Disiplin yang tinggi
    7. Seruan Perpaduan
    8. Memperkasakan bidang pendidikan.
    Semua konsep dan prinsip ini di dukung dan harus di patuhi oleh semua ahli TTB dan sewajarnya di implimenkan dalam kehidupan harian mereka.

    Di bawah TTB-Brotherhood ini, Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa tindakan yang pada pemikiran penulis amat wajar di laksanakan di setiap negeri di Seluruh Malaysia. Antanya ialah ;
    1. Mewujudkan lebih banyak Pusat Pengajian berasakan Pondok yang lebih moden. Pengambilan pelajar batch pertama di jangka di mulakan pada 8hb April ini.

    2. Hasrat Kerajaan negeri Terengganu suapaya dapat menghasilkan lebih ramai Islamic Scientist yang dapat menyumbng kepada pembangunan negeri dan negara amnya.

    3. Mewujudkan lebih ramai pembantu rumah warga tempatan dan mereka ini di bayar atanra RM 900 ke RM 1,200 oleh kerajaan negeri itu sendiri. Program yang sudah di mulakan kira-kira 4 bulan yang lepas di mana masa kerja mereka di mulakan dari 8 pagi hinggan 5 petang.Program ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada warga asing. Program ini di kenali sebagai Home Manager.

    4. Di bawah transformasi ini, Kerajaan Negeri menguatkuasakan beberapa undang-undang berasaskan Islam antaranya larangan memakai pakaian yang menjolok mata, kedai akan di tutup 2 jam pada solat Jumaat, dan kaum lelaki di wajibkan solat Jumaat.

    5. Penubuhan skuad sukarelawan Terengganu di mana fungsinya hampir sama seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam membantu kerajaan menangani sebarang permasalahan rakyat antaranya bencana alam supaya impian Perdana Menteri mencapai tahap Gold Standard dalam sebarang usaha menyelamat.

    6 Meraih lebih ramai undi baru dan mengekalkan kuasa UMNO di negeri Terengganu.

    Pada majlis yang sama, Dato Haji Ahmad Razif juga mengumumkan pembentukan skuad khas dalam memantau dan membantu kerajaan dalam hal GST. Pembentukan kumpulan khas ini di jangka dapat memberikan keterangan dan informasi tentang GST dan ada masa yang sama memantau kegiatan segelitir "penyangak" peniaga yang merosakkan sistem GST.

    Sekalung tahniah untuk Kerajaan Negeri Terengganu atas inisiatif hebat ini. Semoga inisiatif ini dapat mencernakan hasrat Perdana Menteri dalam membentuk sistem pemerintahan yang lebih mesra rakyat dan mendengar keluh kesah rakyat.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TTB-SUATU INISIATIF KERAJAAN NEGERI TERENGGANU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top