My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 April 2015

    CERAMAH PAS TIADA SAMBUTAN


    SALAM DARI ROMPIN

    PAS hari ini seperti biasa memulakan gerak kerja "menghasut" di Parlimen Rompin. Dengan menampilkan "ulama tersohor" Khalid Samad, Ahi Parlimen Shah Alam sebagai penceramah jemputan, sekali lagi cerita retorik di mainkan oleh beliau. Kehadiran kira-kira 60 orang pada ceramah berkenaan jelas menunjukkan masyarakat Rompin semakin jemu dengan retorik PAS dengan menjaja cerita "sampah" dengan mendakwa kerajaan berhutang sehingga 600 Billion ringgit, pembelian Jet, isu Tun menyerang Dato Seri Mohd Najib, dan pelbagai lagi isu.seolah-olah langsung tiada kebaikan yang di bawa oleh kerajaan.

    Lebih melucukan, tiada tepuk sorak malah jeritan takbir di buat. Para hadirin yang menghadiri ceramah berkenaan hanya mampu menggelengkan kepala malah ada yang sekadar duduk di motor atau mengunjungi gerai-gerai yang di pacak di kawasan parkir di tengah-tengah Bandar Kuala Rompin. Dan Janji ALLH itu sentiasa tepat. Andai sesuatu yang tidak di redhai olehNya, makan Dia akan menggagalkan apa sahaja perancangan umatNya. begitu juga dengan ceramah ini. Hanya dapat di langsungkan kira-kira 20 minit, hujan lebat telah turun di Bandar Kuala Rompin dan ini memaksa ceramah ini bersurai sebelum waktunya.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CERAMAH PAS TIADA SAMBUTAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top