My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 April 2015

    LAGI KEPINCANGAN PEMUDA DI DEDAHKAN

    Menerusi perbualan menerusi aplikasi Telegram dengan seorang kenalan di salah satu cawangan Pemuda (maaf, nama dan dari mana beliau tidak dapat penulis dedahkan), terdapat seolah-olah satu arahan rahsia yang di keluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri, Khairy Jamaluddin bahawa "tiada keperluan untuk Pemuda UMNO dari mana-mana bahagian turun membantu kempen di Rompin sehingga hari pengundian".

    Ayat berkenaan nyata mengejutkan penulis kerna beranggapan tidak kira dimana sekalipun Pilihanraya samada kecil mahupun umum, apabila melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, adalah merupakan satu tanggungjawab bagi setiap cabang di dalam UMNO untuk turun memberikan sokongan moral kepada calon yang bertanding. Apakah tujuan perkara ini di nyatakan? Adakah mempunyai niat di sebalik semua ini?

    Apa yang berlaku kini di Rompin jelas menjadi pertunjuk bahawa terdapat usaha sulit di dalam UMNO itu sendiri mahu menjatuhan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak. Semua orang sedar Parlimen Rompin adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak hampir 30 tahun. Apakah ini menjadi tiket bagi sesetengah orang untuk mengabaikan tanggungjawab yang di beri oleh parti? Adakah ini perancangan tangan-tangan ghaib mahu menjahanamkan UMNO dari dalam? Selagi ada ruang, segala persoalan akan di rungkai sehingga jelas.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LAGI KEPINCANGAN PEMUDA DI DEDAHKAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top