My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 April 2015

    PEMECATAN JAWATAN BENDAHARI

    Pelakon terkenal yang juga isteri kepada Rashidi Ishak, Vanidah Imran di laporkan telah di pecat daripada jawatan bendahari Seniman atas beberapa tuduhan. Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, keputusan ini di ambil selepas mendapat satu usul dan menadapat sokongan majoriti ahli jawatankuasa pada satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

    Di laporkan pemecatan ini ada kaitan dengan dakwaan Vanidah gagal menjalankan tugas sebagai Bendahari Seniman dengan baik serta membawa lari buku cek milik seniman. Menurut Zed Zaidi, tidakan ini di lakukan setelah Vanidah mengambil tindakan berdiam diri setelah satu surat tunjuk sebab telah di keluarkan oleh pihak Seniman bagi menuntut penjelasan lanjut dari Vanidah berkenaan beberapa pertuduhan terhadap dirinya. Seniman juga menurut beliau gagal menjelaskan sewa pejabat, bil-bil dan gaji pekerja ekoran buku cek berkenaan di bawa dan di pegang oleh Vanidah. Jawatan Bendahari Seniman kini di sandang sementara oleh Zarina Mohamad Nor atau lebih di kenali sebagai Zarina Raja Lawak.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PEMECATAN JAWATAN BENDAHARI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top