My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 April 2015

    TERENGGANU-SATU LANGKAH KEHADAPAN

    Penulis berkesempatan mengunjungi negeri Terengganu baru-baru ini. Di kesempatan ini penulis sempat bertemu dengan Yang Berbahagia Dato Wan Hisham Wan Salleh, orang kuat di sebalik transformasi yang sedang berlaku di Terengganu hasil sokongan padu daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Ahmad Razif.

    Jika melihat kepada pembangunan negeri Terengganu kini, pembangunan negeri ini boleh di kategorikan sebagai setara. Pengalaman menyusuri kubu kuat Dato Seri Abdul Hadi Awang menyaksikan kawasan ini juga tidak ketinggalan daripada menerima arus pembangunan. Di khabarkan, boleh dikatakan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Terengganu dan Ahli Parlimennya bekerjasama penuh dengan kerajaan negeri Terengganu dalam merealisasikan sebarang pembangunan Negeri Terengganu. Pembangunan pesat ini tidak sekadar hanya tertumpu di bandar besar seperti Kuala Terengganu, tetapi juga di sebarkan keseluruh daerah di dalam Negeri Terengganu.

    Adalah sesuatu yang hebat bilamana Kerajaan Negeri mampu mengumpulkan kembali anak-anak muda dalam berkhidmat pada masyarakat secara sukarela. Penubuhan Terengganu Transformasi Baru (TTB) menerusi tagline brotherhoodnya jelas merubah landskap para belia di Terengganu. Bukan tiada lagi arena rempit di sana, tetapi menerusi inisiatif kerajaan negeri, gejala ini mampu di kurangkan. Anak-anak muda di kumpulkan di dalam satu kumpulan dan di pecahkan untuk berkhidmat untuk masyarakat. Apa yang menarik, semua masjid dan surau di Terengganu mampu di imarahkan oleh golongan ini.

     Hasil sokongan kerajaan negeri juga tidak tertumpu kepada golongan belia. Malah usaha kebajikan juga di beri keutamaan. Program Home Manager juga sesuatu yang di luar jangka. Golongan ibu tunggal dan mereka yang berminat dalam menjadi pembantu rumah sebagai kerjaya juga di sediakan. Dengan gaji di bayar oleh kerajaan negeri, program ini mampu membendung kemasukan warga asing sebagai pembantu rumah dan seterusnya meningkatkan imej kerjaya ini secara tidak langsung. Mereka di latih untuk menjadi profesional dengan bekerja mengikut waktu pejabat dan yang paling utama mampu lari dari stigma negatif prihal pembantu rumah. Menariknya, program ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

    Hukum takzir juga sesuatu yang baru di laksanakan. Apa yang dilaksanakan ini bukanlah bentuk hukuman yang berat walaupun pihak berkuasa boleh memenjarakan pesalah. Contoh dakwaan menyaman wanita dengan sejumlah duit apabila didapati bersalah, jelas satu pembohongan kerana sebarang kesalahan akan di beri kaunsling terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan keras akan di ambil.

    Jadi jangan sekat diri anda dari berkunjung ke Terengganu. Sebuah negeri yang sedang pesat membangun dan negeri yang aman dan ramah.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TERENGGANU-SATU LANGKAH KEHADAPAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top