My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 27 March 2015

    RAYUAN ANWAR DI TOLAK

    Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi Lembaga Pengampunan Di Raja, hari ini secara rasmi menolak petisyen rayuan daripada keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung hukuman penjara 5 tahun yang di hadapi beliau atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

    Dalam satu kenyataan, Dato Seri Anwar Ibrahim akan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam 14 hari berkuatkuasa dari keputusan Yang Di Pertuan Agung. Oleh yang demikian, Yang Di Pertua Dewan akan menghantar petisyen kekosongan kerusi berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi mengadakan Pilihanraya kecil Parlimen berkenaan dalam masa 60 hari selepas Anwar di lucutkan sebagai Ahli Perlimen.

     Penulis menyifatkan penolakan ini sebagai adil kerana jika di lihat dari tindakan yang di lakukan oleh Anwar serta kuncu-kuncunya, mereka jelas tidak menghormati undang-undang negara termasuk Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Di samping itu, tindakan penyokongnya yang sentiasa mencetuskan provokasi serta menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terhadap demo jalan mereka juga wajar di masukkan di dalam pertimbangan. penulis mengucapkan Say O Nara pada Anwar dan masa depan politiknya.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RAYUAN ANWAR DI TOLAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top