My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 March 2015

    MATINYA SEORANG PEJUANG RASIS ASIA

    Tepat jam 3.18 pagi tadi, ikon Singapura, Lee Kwan Yew 91 tahun telah meninggal dunia di Singapura. Mediang dipercayai menghidap radang paru-paru dan kematiannya di umumkan oleh anak beliau sendiri, Lee Hsien Loong lewat pagi tadi. Kehilangannya telah menyebabkan Singapura berkabung selama seminggu bagi menghormati pemergiannya.

    Nama Lee Kwan Yew bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Nama yang seringkali menjadi buah mulut rakyat Malaysia samada sebelum mahupun selepas kemerdekaan Negara. Apa yang menariknya, sepanjang mediang berada bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, bukan sedikit ulahnya yang memeningkan Tunku. Sikap kuat melawan dan panas barannya kadangkala merunsingkan kabinet Malaya pada masa itu. Ramai tahu hubungan akrabnya dengan Lim Kit Siang malah mediang sendiri menganggap Lim sebagai protegenya dalam bidang politik.

    Sehinggalah "pengkhianatan" Lee Kwan Yew terhadap Persekutuan Malaysia dengan menarik keluar Singapura dari Persekutuan ini seterusnya mendapat kemerdekaan percuma dari Malaysia. Betapa sedihnya Tunku akan kehilangan Singapura sehingga Tunku meminta Singapura memastikan kuasa pemerintahan di serahkan kepada orang Melayu sehingga akhirnya. Pada mulanya mediang bersetuju tetapi memungkirinya selepas sepenggal sahaja di serahkan kepada Melayu manakala selebihnya mediang membentuk dinastinya sendiri menerusi parti ikon kepada DAP iaitu People's Action Party (PAP). Temasik Holdings contoh mudah betapa kuatnya pengaruh Lee famili dalam mengawal selia ekonomi Singapura.

    Sepanjang pemerintahan beliau termasuk menjadi Menteri Mentor, satu-satunya pemimpin Asia yang menjadi seteru utama datangnya dari Malaysia. Orang yang dimaksudkan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ke 4. Pelbagai isu yang menjadi pertikaian mereka sehinggalah kemuncaknya dimana Lee Kwan Yew enggan bersalaman dengan Tun sewaktu mesyuarat Ketua Negara ASEAN di Singapura.

    Tidak di nafikan mediang membawa dimensi baru dalam pemerintahan semi autokratiknya. Membawa Singapura muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia dengan dasar ekonomi terbukanya. Jadi tidak hairanlah negara berkapasiti 5 juta penduduk ini menanggung hutang hampir 1 trillion dollar berbanding Malaysia yang penduduknya 30 juta hanya 536 Billion dollar. Satu lagi "kenangan terindah" beliau adalah mengiktiraf negara Israel sedangkan majoriti Pemimpin ASEAN menolak deklarasi ini. Jadi adalah tidak mustahil ibu pejabat CIA malah MOSSAD juga terdapat di Singapura manakala nasib orang Melayu Singapura seolah-olah melukut di tepi gantang. Hanya keegoan kemajuan Singapura sahaja menjadi kebanggaan tapi sifat kemelayuan telah lama pudar.

    Apa pun, salam takziah untuk warga Singapura. Di saat warga Johor dan Malaysia bergembira dengan permahkotaan Sultan Johor, di seberang Tambak Johor, saat berkabung telah tiba. Selamat "berehat" Lee Kwan Yew.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MATINYA SEORANG PEJUANG RASIS ASIA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top