My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 March 2015

    MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI KE 237

    Bertempat di Istana Negara semalam, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke 237. Mesyuarat yang telah di pengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

    Seperti biasa, mesyuarat ini membincangkan hal ehwal Agama Islam serta hala tuju pemerintahan beraja di negara ini. Malaysia mengamalkan pemerintahan Raja Berpelembagaan serta adalah sebuah negara yang unik kerana di tadbir oleh 9 orang Sultan-Sultan dan 4 orang Yang Dipertua Negeri.

    Majlis ini di hadiri olehsemua Raja Melayu beserta Menteri Besar, kecuali Pahang, yang diwakili oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor tidak menghantar wakil. Turut hadir semua Yang Dipertua Negeri serta di temani oleh Ketua Menteri masing-masing. Mesyuarat yang bermula semalam dijangka berakhir hari ini.

    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI KE 237 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top