My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 March 2015

    PEMBUNUHAN KEJAM UNTUK DUIT

    Satu pembunuhan telah berlaku di Blok C Jalan Putra Perdana 5F, Taman Putra Perdana hari ini. Mangsa, wanita berbangsa India, ibu kepada 4 orang anak ini di laporkan di kelar di leher dan mati kira-kira jam 3 petang tadi. Kejadian hanya di sedari oleh anak-anaknya jam 7 petang tadi.

    Semasa kejadian, anak-anak mangsa mengikut pakcik mereka keluar manakala suami mangsa sehingga kini tidak dapat di kesan. Mangsa baru sahaja berpindah ke kawasan ini kira-kira 3 hari yang lepas. Mengikut sumber, mangsa dikelar kemudian dibiarkan mati di ruang tamu. Kejadian bermotifkan rompakan ini mendapati sebanyak RM 5,000 beserta barangan kemas hilang dari premis mangsa. Dari siasatan awal tiada tanda rumah mangsa di pecah masuk.

    Jiran mangsa memberitahu beliau hanya menyedari kejadian sebaik pulang dari kerja. Beliau sendiri mendapati pintu dan grill rumah mangsa tiada kesan umpilan mahupun pecah masuk.

    Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum menemui senjata yang digunakan. Kes di siasat mengikut akta 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PEMBUNUHAN KEJAM UNTUK DUIT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top