My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 March 2015

    HAK RAKYAT DINAFIKAN KERAJAAN SELANGOR

    Sebuah projek yang di selenggara JKR di kawasan sekolah di Sungai Besar, Sabak Bernam di nafikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Arahan dari Kerajaan Negeri Selangor kepada Pihak berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Sabak Bernam untuk menyita projek gelanggang futsal di sebuah sekolah di sini baru-baru ini.

    Adalah sesuatu yang pelik dan janggal bila mana sebuah projek yang dibina untuk kegunaan murid sekolah di sita. Menurut sumber, berkemungkinan pihak MDSB tidak dimaklumkan hal ini. Di beritakan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah pun menghantar surat bagi meminta kelulusan tetapi malangnya sehingga artikel ini di taip, masih belum mendapat kelulusan.

    Akibat dari permasalahan ini, pembinaan projek berkenaan di berhentikan serta merta dan ini jelas merugikan murid-murid berkenaan. Adakah terdapat unsur pilih kasih dalam urusan ini? Apakah ini yang di laungkan Kerajaan Berkebajikan sedangkan projek ini bukanlah projek yang memberi pulangan pada kerajaan Selangor sehingga terpaksa menyita projek berkenaan?

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HAK RAKYAT DINAFIKAN KERAJAAN SELANGOR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top