My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 22 February 2015

    ANCAMAN MAUT SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

    Kes demam denggi di seluruh negara kini di tahap membimbangkan. Menurut data yang di keluatkan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) dan Kementerian Kesihatan, statistik ini tidak boleh di anggap sesuatu yang remeh kerana wabak denggi kini menyerang hampir keseluruh negara. Kes kematian akibat wabak ini juga kian membimbangkan dengan 24 kematian di rekodkan pada minggu ke empat dan kelima tahun ini sahaja.

    Berikut adalah rekod yang telah di keluarkan dari 4hb Januari sehingga kelmarin untuk beberapa negeri yang jumlahnya agak mengejutkan. Jumlah keseluruhan kes adalah 21,539 dengan 24 kematian.

    SELANGOR   -   12,727 KES (15 KEMATIAN)
    PERAK            -     2,285 KES (1 KEMATIAN)
    JOHOR           -     1,159 KES (TIADA KEMATIAN DI REKODKAN)
    K.LUMPUR   -      1,041 KES (3 KEMATIAN)
    SARAWAK     -      1,360 KES (TIADA KEMARIAN DI REKODKAN)
    NEGERI SEMBILAN MENCATATKAN 3 KEMATIAN. MANAKALA SABAH DAN PAHANG MASING-MASING MENCATAT 1 KEMATIAN.

    Untuk rujukan, antara tanda dan gejala di jangkiti demam denggi adalah seperti berikut
    1. Demam panas mengejut dengan suhu mencecah 40° ke 41° selsius
    2. Sakit kepala yang teruk
    3. Sakit pada bahagian belakang mata dan otot juga sendi
    4. Ruam merah di kulit

    Rawatan segera amat di nasihatkan kepada mereka yang mengalami gejala seperri diatas. Bersama kita mencegah denggi dari terus menyerang kita. Hapuskan tempat takungan air yang boleh membiakkan nyamuk serta terdedah pada serangan nyamuk Aedes pada waktu awal pagi dan senja-waktu nyamuk berkenaan aktif mencari mangsa.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ANCAMAN MAUT SEMAKIN MEMBIMBANGKAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top