My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 February 2015

    PasMA dan PAS : PERPERANGAN DALAMAN

    Umum mengetahui pergeseran dalaman PAS dengan persatuan NGO yang di beri nama Persatuan Kesejahteraan Ummah Malaysia (PASMA). Pergeseran ini berlaku sewaktu kali terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke 60 di Batu Pahat Johor. Beberapa orang perwakilan PAS bertindak meninggalkan Dewan sewaktu Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap sebagai tanda bantahan terhadap beberapa dasar yang menjadi pertikaian.

    Adalah sesuatu yang pelik apabila terdapat tanda-tanda perpecahan di dalam PAS yang terkenal dengan taksub dan totok kepada pemimpin. Pergeseran ini bagi penulis berpunca dari tindakan naib presiden PAS sendiri, Mat Sabu yang seolah-olah lebih taat kepada Anwar dan Lim dinasti berbanding amalan biasa PAS iaitu lebih condong kepada keputusan Majlis Syura serta kata putus Presiden.

    Jika dilihat kepada retorik PASMA, mereka jelas lebih liberal dan sekular berbanding idealogi yang di dukung oleh PAS bertahun lamanya. Adakah mereka mahu menjadi wadah perjuangan PAS baru yang rata-rata di dukung oleh mereka yang bukan ulama. Gerak kerja PASMA jelas mereka bukanlah NGO seperti yang di war-warkan. PASMA dilihat seolah-olah menjadi suara PAS dalam Pakatan Rakyat dan membelakangkan amalan biasa PAS.

    Pada perkiraan penulis, PASMA sedikit demi sedikit "memakan" PAS dalam semua segi. Lihat sahaja bantuan banjir sebanyak RM 1.5 juta yang di salur oleh kerajaan Pulau Pinang. Bukan diserah terus kepada Presiden PAS mahupun Menteri Besar Kelantan. Akan tetapi bantuan ini di serahkan kepada wakil PASMA dimana sejauh pengetahuan penulis, bantuan ini sehingga artikel ini di tulis, TIDAK sampai kepada sasaran. Jadi, pada pandangan penulis, adalah lebih baik PAS kembali ke pangkuan UMNO seperti dahulu demi penyatuan Ummah dimana PAS sendiri jelas tidak di hormati langsung oleh barisan tertinggi Pakatan Rakyat.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PasMA dan PAS : PERPERANGAN DALAMAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top