My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 February 2015

    KEHEBATAN PEMIMPIN PEMBANGKANG

    Seperti yang kita semua maklum, dalam Demokrasi Berpalimen, perlu ada kerajaan dan pembangkang bagi Check & balance sesuatu tindakan oleh kerajaan. Tugas utama pembangkang bukan sentiasa membangkang pada sesuatu dasar yang di buat kerajaan. Tetapi menjadi pengimbang serta memastikan sebarang keputusan yang dibuat kerajaan solid serta berfaedah untuk rakyat.

    Malangnya, apa yang berlaku di Malaysia jelas pelik. Boleh dikatakan apa sahaja yang dibuat kerajaan semuanya tidak betul dan mengarut. Mari kita lihat antara "tugas-tugas" utama pembangkang di Malaysia...

    1. Para Yang Berhormat pembangkang tidak berkhidmat untuk rakyat di kawasan mereka. Mereka lebih senang bergerak ke kawasan samada lawan mahupun kawan menyebarkan propaganda.

    2. Kehidupan mereka atas putar belit dan tidak memberi bantuan dengan alasan bajet tidak ada dari pihak kerajaaan.

    3. Perasuah nombor satu. Mereka cuba sedaya yang mungkin menghabiskn semua tanah pasir, kuari dan kawasan balak yang ada di kawasan mereka (Terutama di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan)

    4. Mereka sedaya yang mampu mencari isu panas dan bercakap di parlimen serta rakamkan.

    5. Berusaha memanipulasikan sebarang isu yang ada samada baik mahupun buruk kemudian sebarkan ke semua media yang ada, samada media massa mereka mahupun melalui cybertrooper mereka. Kemudian menghebahkan konon merekalah hero dalam memperjuangkan isu.

    6. Hidup secara mewah dan menonjol diri tidak kira tempat.

    7. Mengadakan sidang media yang kadang kala isunya memang tidak wujud dan memeningkan.

    Jadi apakah ini wajar di gelarkan pembangkang yang berkaliber?

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEHEBATAN PEMIMPIN PEMBANGKANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top