Bertempat di Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah, majlis pecah tanah bagi membolehkan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah telah dilakukan oleh Dato Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Kompleks ini mengukuhkan syiar Islamiah dan memartabatkan Institusi Perundangan Syarie di Sabah di bawah barisan kepimpinan UMNO di Sabah.
Pada majlis berkenaan, beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada MAIWP atas sumbangan untuk Tabung Bencana Banjir Negeri Sabah dan Program Ziarah Mahabbah yang telah dilakukan.
Penulis mengucapkan sekalung tahniah ke atas kepimpinan negeri atas majlis berkenaan. Semoga usaha kerajaan negeri mengukuhkan syiar Islam terus terpelihara dibawah kepimpinan Daro Seri Panglima Musa Aman.
0 comments:
Post a Comment