My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 27 February 2015

    KERUSI N06 CEMPAKA JADI REBUTAN

    Seperti yang kita sedia maklum, kerusi N06 Cempaka kosong setelah penyandangnya Dato Seri Nik Abdul Aziz meninggal dunia. Pelbagai spekulasi timbul mengenai calon-calon yang akan bertanding di kawasan berkenaan.

    UMNO dua hari lepas telah mengumumkan bahawa parti berkenaan tidak akan bertanding di kerusi berkenaan kerana lebih berminat dalam menguruskan pasca bencana banjir serta menumpukan usaha dalam menyatukan ummah. Berita ini di sambut baik oleh majoriti ahli PAS dan juga UMNO kerana kewajaran tindakan ini.

    Terkini, kira-kira jam 10 pagi tadi, kelibat Pahrol Razi bersama kira-kira 7 orang pengikut setia Husam Musa berada di perkarangan pejabat SPR bagi tujuan mengambil borang percalonan di percayai untuk kerusi berkenaan. Seperti kita maklum, Pahrol Razi merupakan orang kuat PASMA. Jadi kemungkinan calon untuk kerusi N06 berkemungkinan besar dari kumpulan PASMA bukan PAS seperti tradisinya. Beliau juga kemudiannya ke pejabat ROS di percayai mahu menukar status NGO kepada parti politik.

    Manakala di satu pihak lagi, Dato Ibrahim Ali kini sedang berkira-kira untuk mencalonkan dirinya sebagai calon tapi berkemungkinan besar bukan atas tiket UMNO. Ada khabar angin mengatakan PERKASA juga akan di tukarkan statusnya dari NGO ke parti politik.

    Perkembangan terbaru ini jelas makin menarik setelah sumber dalaman PAS pusat, jelas kurang senang dengan tindakan PASMA membelakangkan PAS dalam hal ini. Di khabarkan mereka kekal bertegas mahu mencalonkan seorang anak tempatan bagi menghadapi PRK ini. Dari pandangan penulis, N06 adalah pertandingan 3 penjuru antara PAS, PASMA dan PERKASA. PRK ini juga faktor penentu nasib PAS dalam menghadapi pemberontakan dari dalam

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KERUSI N06 CEMPAKA JADI REBUTAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top