My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 February 2015

    WARAN TANGKAP TERHADAP PUTERI

    Satu waran tangkap di keluarkan oleh Harlan Police Department di Kentucky, Amerika Syarikat baru-baru ini terhadap Princess Elsa of Arendelle. Menurut laman Facebook Harlan Police Department, waran ini adalah kerana cuaca bersalji dan sejuk luar biasa melanda wilayah berkenaan dan meminta orang ramai mengesan dimana Princess Elsa kini berada kerana dipercayai dapat menghentikan cuaca sejuk berkenaan.

    "Kali terakhir Princess ini dilihat, beliau memakai gaun labuh berwarna biru, berambut perang keputihan dan sering menyanyikan lagu Let It Go", menurut status di laman Facebook berkenaan.

    Walaubagaimanapun, selepas hampir sejam status berkenaan di muat naik, pihak berkuasa Harlan mengeluarkan satu status baru mengatakan status berkenaan sekadar gurauan bagi meredakan ketegangan orang awam terhadap cuaca berkenaan dan meminta orang ramai berhati-hati.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: WARAN TANGKAP TERHADAP PUTERI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top