My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 27 February 2015

    IS-DISEBALIK TOPENG JIHAD EPISOD 1

    Dunia hari ini jelas dihantui oleh sebuah kumpulan yang bertopengkan Jihad Islamiah, Iraq Syria Islamic State (ISIS) atau kini di kenali sebagai Islamic State (IS).Gerakan yang di asaskan Abu Bakr ataupun nama sebenarnya Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al Badri pada mulanya berpusat di Utara Iraq bersempadan dengan Syria. Mengikut rekod Abu Bakr merupakan bekas guru dan ulama ternama. Beliau juga merupakan bekas graduan dari Universiti islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) serta amat arif tentang Kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.
    Kebangkitan Abu Bakr bermula sewaktu merangka serta memimpin sepasukan tentera gerila sewaktu Amerika Syarikat menakluk Iraq dan membunuh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pada 2003. Ini kerana beliau mempunyai kepakaran dalam strategi ketenteraan. Kemuncak penentangan beliau dikatakan pada tahun 2007 sewaktu beliau di tahan di kem Bucca milik Amerika Syarikat. Pada waktu berkenaan beliau sentiasa keluar masuk penjara di kem berkenaan. Sebaik beliau di bebaskan dari penjara atas kesalahan memimpin pemberontakan ke atas Amerika Syarikat pada 2009, beliau pernah memberi amaran kepada Washington dengan kenyataan, saya akan berjumpa anda di New York sehingga Pentagon melabelkan kenyataan ini sebagai amaran pengganas.
    Pada tahun 2009 merupakan tahun dimana Beliau menubuhkan Kumpulan Jama'ah Jaisy, sebuah gerakan yang aktif di kawasan Samarra, Diyala dan Baghdad dan beliau dilantik sebagai ketua. Kumpulan ini akhirnya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah di tubuhkan sejak 2006. Beliau kemudiannya di lantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq. Pada waktu berkenaan Ketua Majlis Syura Mujahidin diketuai oleh Abu Omar al Baghdadi al Husseini al Quraysyi.
    Pada tahun 13hb Oktober 2006 Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi serpihan kumpulan dan menggelarkan gerakan mereka sebagai Islamic State of Iraq (ISI) di percayai sebagai pengganti Al Qaeda di Iraq. Pada 2010 selepas Abu Omar maut dibunuh oleh tentera Amerika di Baghdad, Abu Bakr mengisytihatkan revolusi di Syria bagi menumbangkan Rejim Basyar al Assad secara tidak langsung mengembangkan sayap ISI ke Damsyik. Setahun kemudian Washington mengisytiharkan secara rasmi Abu Bakr sebagai pengganas yang paling di kehendaki dengan ganjaran AS$10 Juta keatas penangkapannya. Pada masa yang sama Abu Bakr menghantar Abu Mohammed al Golani ke Syria bagi mewujudkan apa yang dinamakan sebagai Nusa Front. Maka di sinilah asasnya kewujudan ISIS selepas gerakan ini berjaya menggegar pemerintahan Basyar al Assad.
    Sesuatu yang ramai tidak tahu pada awal pembabitan Abu Bakr, beliau merupakan ahli "gelap" Al Qaeda dimana beliau boleh berinteraksi secara langsung dengan Osama Ben Laden. Selepas Osama maut di utara Pakistan, beliau menerima dekri terus dari Ayman al Zawahiri, selaku pengganti Osama Ben Laden. Abu Bakr pernah melanggar dekri berkenaan sehingga mendorong Al Qaeda mengumumkan pada 2014 bahawa ISIS bukan ahli gabungan Al Qaeda.
    Bersambung
    Crdt ISIS, SEBUAH ANCAMAN
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IS-DISEBALIK TOPENG JIHAD EPISOD 1 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top