My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 26 February 2015

    KEGAGALAN BESAR KERAJAAN SELANGOR

    Kerajaan Selangor semalam mengakui kegagalan mereka dalam membendung penularan wabak denggi yang kini sudah mencecah tahap membimbangkan.

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Daroyah Alwi dilaporkan berkata, faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi di Selangor adalah kerana sikap rakyat selangor, kepadatan penduduk serta kepesatan pembangunan melalui tapak-tapak projek yang sedang dilaksanakan kini tanpa menyentuh walau sedikitpun permasalahan sampah sarap yang bertaburan di merata-rata tempat.

    Untuk rujukan, Selangor merupakan negeri tertinggi kes denggi di negara dengan 13,523 orang kini sudah di jangkiti dengan virus ini dengan 29 kematian di rekodkan setakat semalam. Jumlah ini merangkumi 60% bilangan kes yang terdapat di seluruh negara. Sesuatu tindakan proaktif harus dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor bagi membendung gejala ini dari terus menjadi igauan kepada penduduk negeri Selangor.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEGAGALAN BESAR KERAJAAN SELANGOR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top