My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 14 February 2015

    CALON MURSYIDUL AM PAS YANG BARU

    Umum mengetahui Dato Seri Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada 13hb Februari 2015. Di saat Arwah menghembuskan nafas terakhir, jawatan terakhir yang disandang Arwah adalah Mursyidul Am PAS Malaysia dimana jawatan ini kebiasaannya di putuskan melalui majlis Syura Kebangsaan. Setelah Arwah pergi, umum tertanya-tanya. Siapakah pengganti Arwah dalam mencorak hala tuju PAS selepas ini.

    DATO HARUN DIN

    Beliau merupakan antara orang paling lama berada di dalam PAS dan juga Majlis Syura. Malah suara beliau seringkali kedengaran dalam penyatuan Bangsa Melayu beragama Islam serta antara di hormati oleh Presiden PAS itu sendiri iaitu Dato Seri Abdul Hadi Awang. Beliau juga agak rapat dengan barisan kepimpinan Negeri Perlis dimana beliau boleh lah dikatakan antara calon faveret bagi menyandang jawatan ini. Apa yang jelas, kelibat beliau nyata agak kurang di senangi dari kalangan Pakatan Rakyat dimana pada kacamata penulis inilah peluang besar pada seruan penyatuan Ummah di Malaysia

    NIK ABDUH NIK AZIZ

    Antara calon yang sedang di sebut-sebut sebagai meneruskan legasi peninggalan Almarhum ayahandanya, Allahyarham Dato Seri Nik Abdul Aziz. Bagi warga Pasir Mas mahupun warga PAS amnya, beliau memang terkenal dengan kenyataan yang agak lembut terhadap musuh politiknya. Malah pendekatan berhemahnya nyata di senangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu beliau melawat Kelantan di waktu banjir besar baeu-baru ini. Seorang yang mudah di dekati serta pendekatan lebih lembut, beliau merupakan 1 1nya pencabar bagi Dato Harun Din dalam menggalas hala tuju PAS pasca Nik Aziz

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: CALON MURSYIDUL AM PAS YANG BARU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top