My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 February 2015

    PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KUCHING

    Warga kotaraya Kuching Sarawak akan menikmati suasana pasar malam berkonsepkan uptown bazar sehingga awal pagi apabila SATOK UPTOWN MARKET akan beroperasi tidak lama lagi. Di adakan di perkarangan Dewan Suarah, Kuching, ia pasti akan menggamatkan suasana malam hujung minggu warga Kuching pada hujung minggu terutamanya pada malam Sabtu dan Ahad dari jam seawal 8 malam sehingga jam 3 pagi.

    Satok Uptown Market ini di anjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak akanmula beroperasi pada 27hb Februari 2015 (Jumaat) dan perasmiannya di jangka pada 28hb Februari 2015 (Sabtu).

    Jesteru itu, pemilik gerai, pengusaha perniagaan samada atas talian mahupun secara langsung dan usahawan kecil-kecilan dipelawa untuk menyertai Sarok Uptown Market ini dengan kadar sewa tapak jualan serendah RM 200 sebulan.Walau bagaimanapun peniaga yang berminat untuk berniagadi tapak berkenaan di nasihatkan untuk membawa sendiri khemah bersaiz 10 x 10 untuk setiap tapak jualan.

    Jurucakap program ini ketika dihubungi, barangan yang mahu dijual di Satok Uptown Market ini bebas tapi diwajibkan halal serta menjadi keperluan pengguma serta boleh di terima oleh seluruh masyarakat. Jualan seperti kasut, assessori wanita, makanan, minuman dana keperluan rumah boleh dijual asal tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh KPDNKK serta halal.

    Jika berminat sila hubungi Jacquline Ramping di talian 082442012 atau fakskan permohonan anda ke 082-449079.

    BERSAMA KITA MENAIKKAN SEMULA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA TEMPATAN

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KUCHING Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top