My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 February 2015

    PENGAMPUNAN DIRAJA TANDA MENGAKU SALAH???

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin telah menfailkan satu petisyen kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung bagi mendapatkan pengampunan Diraja diatas hukuman yang di terima oleh Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim diatas tuduhan meliwat terhadap bekas pembantu sulit beliau.

    Terdahulu, panel lima orang hakim mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah terhadap Anwar dan di jatuhi hukuman penjara 5 tahun.

    Sepanjang tempoh perbicaraan marathon ini, tidak pernah walau sekalipun Anwar mengaku bersalah malah beliau enggan untuk memberi keterangan bersumpah di kandang tertuduh. Jadi tindakan Datin Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha ini sememangnya agak mengelirukan. Apakah perlunya Kebawah Duli Yang di Pertuan Agung memberi pengampunan sedangkan empunya diri langsung mengaku tidak bersalah.

    Menerusi kenyataan akhbar dari Daro Pandikar Amin Mulia, tindakan ini akan menahan sebarang kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh sehingga keputusan Diraja di umumkan. Bagi penulis ini adalah tindakan terdesak Keluarga Anwar dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas Anwar hanya mementingkan diri sendiri sehingga memaksa rakyat di Permatang Pauh kehilangan wakil bagi menyuarakan permasalaham mereka.

    Kesan daripada tindakan ini, hampir 50,000 penduduk Permatang Pauh terbiar tanpa wakil. Keadaan ini di harap dapat membuka mata seluruh penduduk Permatang Pauh betapa Anwar hanya mementingkan kuasa sendiri dan keliarga dari memperjuangkan nasib penduduk.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENGAMPUNAN DIRAJA TANDA MENGAKU SALAH??? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top