My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 February 2015

    BELANGSUNGKAWA

    Hari sedih buat Negara. Selepas Negara di kejutkan dengan pemergian Dato Hasbullah Awang tengah hari tadi, terkini Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.40 malam sebentar tadi di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

    Dato Seri Nik Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga 2013 serta merangkap Murshidul Am Pas Malaysia. Menyertai Pas sejak 1967 (semasa PAS masih di dalam UMNO sebagai unit Agama Islam UMNO), beliau meninggalkan balu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak serta anak-anak seramai 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan).

    Mendapat pendidikan awal dari Ayahanda beliau sendiri iaitu Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar, beliau mempunyai kelulusan Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al Azhar Mesir. Kerjaya politik beliau mula berkembang sewaktu memenangi DUN N06 Chempaka pada 1990 seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar oleh Duli Yang Mulia Paduka Sultan Yahya Petra seterusnya menjadi Menteri Besar dan mempertahankan Kelantan milik PAS sehingga kini. Beliau terkenal dengan beberapa kontraversi termasuk Hukum Hudud, isu penyatuan sehinggalah isu dalaman PR. Malah beliau juga bertanggungjawab menjadikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam pertama di Malaysia...

    Al Fatihah untuk Allahyarham dan salam takziah untuk waris Arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Allahyarham.....

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BELANGSUNGKAWA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top