My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 February 2015

    CABARAN TERBUKA KEPADA PASMA

    PRK N06 DUN Cempaka akan dilangsungkan pada 22hb Mac 2015 dimana hari penamaan calon di tetapkan pada 10hb Mac 2015. Sesuatu yang menarik untuk di perkatakan, adakah kali ini PASMA akan menunjukkan taring mereka di hadapan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

    PASMA seperti kita maklum, menerusi Hussam Musa dan Mat Sabu sedang giat melobi semua ahli PAS supaya menerima calon yang mereka sedang usahakan bagi merebut kerusi berkenaan. Mereka juga dikhabarkan di sokong oleh keluarga Lim di Pulau Pinang dengan pembelanjaan kewangan PASMA banyak di laburkan oleh Keluarga Lim.

    Jadi disinilah peluang PASMA untuk membuktikan pelaburan yang dilakukan oleh Keluarga Lim di Pulau Pinang mula menampakkan hasil. Jika mereka gagal meletakkan calon di DUN 06 Cempaka pada PRK kali ini, maka bolehlah di anggap satu kekalahan sebelum berperang mereka menentang Presiden PAS dan Majlis Syura.

    Untuk Barisan Kepimpinan PASMA, penulis mencabar mahu melihat calon anda bertanding walaupun terpaksa menentang calon dari PAS itu sendiri bagi membuktikan kehebatan PASMA dengan sentuhan Keluarga Lim.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CABARAN TERBUKA KEPADA PASMA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top