My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 22 February 2015

    PELUANG PENGARAH PERFILEMAN DI SARAWAK

    Angkatan Zaman Mansang (AZAM) dan Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) menawarkan peluang kepada belia setempat untuk mempromosikan keindahan dan keunikan  Sarawak kepada masyarakat global menerusi pertandingan filem pendek.

    Pertandingan AIFDA 2015 - AZAM ini dianjurkan susulan Sarawak di pilih sebagai tuan rumah acara ini dari 9hb April hingga 11hb April 2015. Bagi mereka yang berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun, peluang ini jelas satu yang cukup istimewa sebagai menghargai kepelbagaian kaum, keindahan flora dan fauna serta keunikan Sarawak yang masih belum di kenali sepenuhnya di seluruh Dunia. Mereka bolehlah di anggap sebagai duta kecil Sarawak dalam mempromosikan industri perlancongan Sarawak.

    Jurucakap penganjur, Kerry Edison, antara syarat penyertaan, peserta haruslah berumur 18 hingga 30 tahun, filem berdurasi 3 hingga 5 minit (tarmasuk nama produksi), memaparkan kebudayaan, kepelbagaian etnik, keindahan flora dan fauna yang mampu menarik pelancong dan genre samada drama, komedi, dokumentari, experimental dan drama muzik.

    Hadiah utama berupa RM2,000 menanti pemenang. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari www.azam.org.my

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PELUANG PENGARAH PERFILEMAN DI SARAWAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top