My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 February 2015

    ROADTOUR YANG MERUGIKAN!!!

    Selepas Dato Seri Anwar Ibarahim di jatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Tan Sri Shafiee selaku pendakwaraya bagi kes berkenaan seolah-olah diangkat seperti selebriti oleh Pemuda UMNO dibawah YB Khairy Jamaludin. Satu roadtour sedang dirangka bersama Tan Sri Shafiee bagi menghebahkan fakta kes serta intipati pembicaraan antara terpanjang serta high profile di Malaysia.

    Secara rasionalnya, apa yang sedang dirangka bagi pandangan penulis jelas bukan satu tindakan bijak. Mengheret seorang pendakwaraya yang berkualiti seperti Tan Sri bukan lah satu tindakan yang boleh membangunkan negara. Umum dah mengetahui Anwar sudahpun di jatuhkan hukumam, jadi secara jujurnya penulis mahu bertanya, adakah ini mampu menaikkan ekonomi belia mahupun negara? Adakah tindakan ini mampu menarik semula undi golongan belia yang kita tahu ramai terpengaruh dengan tindak tanduk Anwar serta golongan yang paling kuat melawan kerajaan yang ada kini?

    Bayangkan roadtour ini berjalan. Rakyat yang diatas pagar pasti melihat, ini sahajakah yang mampu pihak Kerajaan lakukan? Ditambah pula YB Khairy Jamaluddin adalah Menteri Belia Dan Sukan di dalam kabinet Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, secara tidak sedar kredibiliti Beliau dan juga UMNO akan di persoalkan. Kenapa tidak mengadakan roadtour memperkasakan ekonomi belia serta mengurangkan tahap pengangguran di kalangan belia? Belia di Malaysia ini lebih mahu bekerja dengan menambahkan pendapatan dari mendengar retorik Anwar. Ini adalah skop kerja Kementerian Belia dan Sukan, bukan membawa kronologi kes mahkamah ke seluruh negara melalui roadtour. Adakah pihak Kementerian Belia dan Sukan juga mendapat khidmat nasihat yang salah seperti apa yang di alami oleh Puteri UMNO kini?

    Secara peribadi, penulis tidak nampak ini akan menaikkan semila imej Pemuda UMNO mahupun Kementerian Belia dan Sukan. Bagi penulis ini adalah tindakan paling merugikan UMNO mahupun kerajaan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROADTOUR YANG MERUGIKAN!!! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top