My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 February 2015

    PENGUMUMAN TARIKH PRK N6 DUN CEMPAKA

    Suruhanjaya Pilihanraya hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil N06 Untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka Kelantan di tetapkan pada 22hb Mac 2015 dimana hari penamaan calon di tetapkan pada 10hb Mac 2015 dan bagi pengundian awal di tetapkan pada 18hb Mac 2015.

    SPR juga mengumumkan peruntukan RM 810,000 akan di belanjakan sepanjang kempen ini dimana 403 petugas sukarelawan akan dilantik bagi menghadapi kempen selama 12 hari ini.

    Pilihanraya Kecil ini diadakan setelah penyandang bagi kerusi N06 Cempaka, Dato Seri Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat meninggal dunia pada 12hb Februari yang lepas.

    Pada Pilihanraya Umum yang lepas, Dato Seri Nik Abdul Aziz yang mewakili PAS berjaya mempertahankan kerusi ini dengan mendapat 12,310 undi mengatasi pencabarnya Wan Razman Wan Abdul Razak (5810 undi) dengan jumlah majoriti 6,500 undi.

    Sejumlah 21,890 pengundi layak mengundi bagi DUN berkenaan dengan 20,390 adalah pengundi biasa, 1,497 merupakan pengundi awal dan 3 org berada di luar negara.

    Pilihanraya ini menarik kerana masyarakat mahu melihat samada UMNO akan mempertaruhkan calonnya di sini atau tidak selepas Dato Seri  Mustapa Mohamed dilaporkan meminta UMNO untuk tidak meletakkan calon bagi PRK ini sebagai satu seruan ke arah penyatuan. Manakala PASMA menerusi Hussam Musa dan Mat Sabu kini sedang sibuk melobi calon mereka untuk di pertimbangkan oleh PAS Pusat. Juga menarik untuk dilihat, keupayaan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Kecil pertama mereka setelah Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di jatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENGUMUMAN TARIKH PRK N6 DUN CEMPAKA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top