My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 February 2015

    MAJLIS BICARA RAKYAT DAN BIRO MEDIA PUTERI UMNO

    Bertempat di Gloria Jeans Cofee, Wisma Nusantara, Kuala Lumpur, Bicara Rakyat dengan Kerjasama Biro Media Sosial Puteri UMNO telah mengadakan Majlis Bicara Rakyat Bersama Pemimpin-Peranan dan Implikasi Media Sosial.

    Majlis ini di serikan dengan kehadiran ahli panel jemputan iaitu Yang Berhormat Norsaidi Bin Nayan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Langkawi, Yang Berhormat Budiman Bin Mohd Zohdi, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Selangor, Yang Berbahagia Dato Wan Hisham Salleh, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu dan Cik Mimie Hariani Binti Alias Exco Puteri Umno merangkap Timbalan Pengerusi Biro ICT dan Media Sosial Puteri Umno Malaysia selaku moderator pada majlis berkenaan.

    Dengan kehadiran hampir 50 orang blogger, facebooker dan aktivis politik media sosial, majlis berkenaan jelas menunjukkan semua pemain media sosial boleh duduk semeja nagi mengikuti perbincangan serta melihat semula hala tuju perjuangan di alam maya.

    Antara lain majlis diskusi berkenaan ialah memantapkan serta mengukuhkan semula kekuatan media sosial Umno menghadapi dakyah persepsi pembangkang. Di samping itu diskusi ini menyentuh permasalah etika pemain media sosial dalam membawa imej Umno pada masyarakat. Ada diantara kumpulan pemain media jelas lebih  memilih imbuhan dari membawa imej Umno yang lebih baik pada masyarakat.

    Majlis yang bermula jam 9.30 malam ini berakhir pada jam 12.15 malam ini juga antara lain menyentuh kekuatan pemain media sosial Umno dalam menaikkan semula imej, intergriti serta pemahaman perjuangan yang diasaskan oleh Dato Onn dalam menempuh PRU ke 14 yang akan datang

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MAJLIS BICARA RAKYAT DAN BIRO MEDIA PUTERI UMNO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top