My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 27 February 2015

    LEGASI PENINDAS MELAYU MAKIN KURANG

    Chin Peng, 1 nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Nama yang amat dibenci oleh begitu ramai veteran tentera Malaysia sehinggakan menyebut namanya pun boleh mendatangkan kemarahan yang amat sangat. Kini, setelah berpuluh tahun menjadi duri dalam daging terhadap kemerdekaan megara, Chin Peng telah terkubur dek masa. Membawa legasi kejahatan bersama dia. Yang tinggal kini adalah pendokong perjuangan jahanam dia untuk di implikasikan dalam menentang kerajaan.

    Hari ini penulis dikhabarkan seorang lagi pelopor rasis paling besar dalam sejarah Malaysia telah meninggal dunia. Lee Kwan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura, pengasas People's Action Party (PAP) sekutu paling kuat Democratic Action Party (DAP) dilaporkan meninggal dunia di Singapura tengah hari tadi.

    Lee Kwan Yew adalah individu yang bertanggungjawab menubuhkan PAP di Singapura pada tahun 1949 sewaktu Singapura masih di bawah Tanah Melayu / Malaya. Pada awalnya PAP adalah parti gabungan untuk Perikatan dan menjadi wadah suara bangsa Cina. Akan tetapi peristiwa pengkhianatan Lee Kwan Yew terhadap Tunku paling di ingati. Beliau dengan berani mengugut Tunku sewaktu ingin membebaskan Singapura di bawah Gagasan Malaysia. Hasilnya Singapura terbentuk dan janji beliau untuk meletakkan kaum Melayu sebagai Ketua Negara hanya di jalankan sekadar sepenggal. Selebihnya segala rentak Singapura lebih didominasikan oleh beliau.

    Hasil peninggalan Lee Kwan Yew di Malaysia, maka anak didik kesayangannya, Lim Kit Siang (akan menyusul juga tidak lama lagi) menubuhkan Democratic Action Party (DAP) sebagai kuasa pengimbang MCA yang pada masa itu sebuah parti bangsa Cina terkuat di dalam Barisan Nasional. Lee Kwan Yew terkenal dengan imej keras terhadap hubungan luar. Paling di ingati konfrontasi beliau dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed. Samada dari isu air sehinggalah persempadanan, mereka seolah-olah dua orang musuh sejati.

    Penulis berharap, tiadalah usaha-usaha ingin mengebumikan Lee Kwan Yew di Malaysia seperti mana ada tuntutan gila dari anak Melayu mahu membawa abu mayat Chin Peng di semadikan di Setiawan, Perak. Sedarlah, tiada apa jasa pun Lee Kwan Yew bawa ke dalam lipatan sejarah pembangunan negara kecuali sikap rasisnya sehingga mengundang pedih di hati Tunku Abdul Rahman....

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LEGASI PENINDAS MELAYU MAKIN KURANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top