My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 February 2015

    BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA!!!

    Jacky terbaca 1 posting tentang penderitaan Saudara Mohd Hafiz Umar yang tinggal di Kampung Nasarudin Parit Perak dimana anaknya, Adam, sedang menderita dengan penyakit SANDHOLF DEASASE MOTABOLIC dimana pencarian Jacky pada sumber yang ada, belum ada penawarnya di Malaysia.

    Apa yang menyedihkan, Adik Adam ini tidak mampu makan serta minum secara normal. Hanya makan menerusi tiub khas yang disambungkan terus ke kerongkong adik ini. Makanannya hanyalah susu khas Pedesure yang belanjanya mencecah RM 500 sebulan. Adik Adam kini hanya mampu terlantar di Hospital Besar Raja Perempuan Zainun, Ipoh, Perak.

    Menerusi perbualan ringkas dengan Saudara Hafiz sebentar tadi, beliau hanya memohon bantuan berupa kerusi roda khas yang bernilai RM 3,500 serta sedikit bantuan untuk meringankan beban yang di pikul oleh En Hafiz.

    Para pembaca budiman, hulurkanlah sedikit bantuan bagi meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga En Hafiz. Sebarang bantuan bolehlah di salurkan terus ke akaun Maybank 151306762080 atas nama Mohd Hafiz Bin Omar atau boleh terus hubungi beliau di talian 017-7710136. Semoga sumbangan kalian dapat membantu beliau tabah dan meringankan beban yang kini beliau tanggung....

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA!!! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top