My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 28 February 2015

    IS-DISEBALIK TOPENG JIHAD-EPISOD 2

    Semalam penulis telah menerangkan siapa di belakang Islamic State (IS) dan asal usul IS. Dari asas penubuhannya jelas menunjukkan terdapat pengaruh Al Qaeda dan sifat mahu membalas dendam keatas Tentera Amerika Syarikat yang telah menjarah Iraq dan Syria.

    Setelah Abu Bakr melanggar dekri Ayman al Zawahiri, ketua Al Qaeda kini, beliau tidak menoleh kebelakang lagi. Sifat mendendami Amerika Syarikat ini di ekstrimkan lagi dengan sifat mendendami pengikut Syiah di mana Abu Bakr dan pengikutnya adalah pengikut Sunni. Beliau mengambil kesempatan memerangi tentera Basyar al Assad, pengikut Syiah, melalui kumpulan Nusa Front. Perperangan panjang setelah arab spring melanda Tunisia, Libya, Algeria, Mesir, Bahrain dan Syria ini mengorbankan hampir 200,000 rakyat dan tentera kedua-dua belah pihak dimana pada pertengahan tahun 2014, Basyar al Assad mengumumkan berjaya mengendurkan serangan dari Nusa Front terhadap negaranya.

    Walaubagaimanapun semua ini tidak mematahkan semangat Abu Bakr dalam melaksanakan idealogi Sunninya. Beliau sekali lagi bertindak di luar jangkaan bilamana menyerang Basra dan Baghdad sehingga begitu hampir dengan pusat pemerintahan kerajaan Iraq. Dengan bantuan tentera Amerika yang menggugurkan kira-kira 8 ke 9 bom sehari di lokasi strategik, memaksa Abu Bakr berundur ke utara, tempat asasnya fahaman beliau. Pengunduran di Syria membabitkan Nusa Front dan tentera gerila di bawah pemerintahan beliau menjadikan Utara Iraq sebagai suatu tempat yang begitu "menakutkan". Kaum Kurdish yang mendiami kawasan berkenaan jelas paling terasa dengan kehadiran tentera di bawah pemerintahan Abu Bakr.

    Pengunduran ini memaksa kebangkitan kaum Kurdish dalam menentang kehadiran tentera ini. Maka berlakulah pertempuran di Irbil berhampiran pergunungan Sulaimaniya. Tidak kira kaum lelaki mahupun wanita semuanya mengambil peluang menentang ISIS secara berhadapan. Menerusi komander tentera elite Kurdish, Jeneral Rasheed, perperangan ini merupakan perperangan bukan mengenai fahaman. Akan tetapi perperangan ini mengenai keamanan melawan kekejaman. Keadaan ini memaksa tentera Turki bersiap sedia kira-kira 69 kilometer dari lokasi berkenaan. Pada masa sama, tentera yang setia dengan Abu Bakr turut melancarkan beberapa siri serangan ala gerila di hampir seluruh Iraq dan Syria

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Niat bagus..cara tak kena..org marah..kerja susah mau jadi, Allah benci..dosa boleh dapat! nerakalah kome bertempat!!




      ReplyDelete

    Item Reviewed: IS-DISEBALIK TOPENG JIHAD-EPISOD 2 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top