My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 February 2015

    SUARA KEMARAHAN SEDANG MEMBIAK

    Apa yang berlaku kini dalam "adik bongsu" UMNO kini sebenarnya semakin jauh dari landasan asal. Walaupun ada cubaan menafikan penglibatan kumpulan Cytro berbayar seperti penulis sebutkan sebelum ini dalam melaksanakan sebarang penyebaran berita mahupun aktiviti puteri, tetapi hakikatnya Saudari Mas selaku Ketua Puteri Umno Kebangsaan gagal menutup hakikat sebenar penglibatan Kumpulan ini dalam Puteri.

    Dari sumber yang dipercayai, sentimen kenegerian jelas mempengaruhi sebarang keputusan Ketua Puteri. Kecenderongan mempercayai kumpulan luar yang jelas tercemar imejnya mengundang seribu pertanyaan kepada ahli. Apakah perlunya mengupah kumpulan luar yang hanya menghasut, menyemai bibit perpecahan sesama ahli dan mengeluarkan bahasa kesat setiap kali berbicara di dalam ruang media jelas mengakibatkan imej puteri di pandang rendah oleh masyarakat. Persoalan paling besar, perlukah lagi media Puteri UMNO sebagai wadah suara Puteri setelah ketuanya sendiri mempercayai orang luar berbanding media diwakili ahlinya sendir seperti kumpulan Semut Api?

    Sejak kepulangan Ketua Puteri dari mengerjakan haji, banyak tindakannya kini lebih ganjil. Samada di sengajakan atau mendapat nasihat yang salah dari kumpulan upahan ini, menjadikan Allahyarham Dato Seri Nik Aziz sebagai ikon perjuang Islam Malaysia menerusi kenyataan medianya jelas amat dikesali oleh ahli. Umum mengetahui Allahyarham sepanjang hayatnya menentang UMNO sehingga mengkafirkan UMNO. Dimana rasionalnya? Adakah beliau mahu mengubah Puteri Umno lebih ke arah muslimah PAS?

    Menerusi beberapa tamuramah penulis dengan beberapa orang ahli puteri, mereka juga kini agak bingung kenapa kebajikan mereka sebagai puteri juga tidak dijaga. Ada yang turun ke mana-mana majlis puteri dengan duit sendiri sedangkan mungkin boleh dibantu serba sedikit. Kebanyakan mereka bukanlah golongan profesional mahupun berkerjaya. Ada suri rumah malah ada juga penganggur.

    Berhentilah dari berterusan mendapat khidmat nasihat dari Kumpulan yang jelas rosak imejnya dimata audien media alternatif. Semakin lama semakin jauh dari perjuangan yang pernah dibawa oleh Dato Azalina Othman Said dahulu. Kalian mengundang kemarahan ahli dengan tindakan mengarut kalian. Penulis ridak akan menulis semua ini jika tidak mendapat aduan serta info dari sumber yang boleh dipercayai.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SUARA KEMARAHAN SEDANG MEMBIAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top