My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 February 2015

    TRANFORMASI KTMB

    Boleh dikatakan kita semua pernah menaiki keretapi. Jika dahulu kita di hidangkan pengalaman menaiki keretapi samada kelas pertama, kedua mahupun kelas tiga. Pemandangan penumpang duduk di atas lantai mahupun duduk di permukaan pintu setiap gerabak adalah pemandangan biasa kita lihat satu ketika dahulu.

    Kini KTMB telah melalui transformasi hebat. Kelas satu dan dua seperti kita sedia maklum menyediakan ruang istirehat yang terbaik untuk penumpangnya. Apa yang penulis mahu kongsikan, transformasi kelas ketiga dimana ruang gerabak semuanya dengan pendingin hawa, ruang kerusi yang empuk dan juga ruang simpanan bag yang luas.

    Pengalaman penulis menaiki keretapi dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur menerusi Ekspress Senandung Langkawi jelas merubah pandangan dahulu bahawa keretapi adalah pengangkutan awam kelas ketiga. Dengan harga tiket RM 14 sehala untuk penumpang dewasa dan RM 9 untuk penumpang warga emas dan kanak-kanak (Dari Kuala Kangsar-KL Sentral), jelas menyajikan pengalaman unik penulis dalam menggunakan pengangkutan awam

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TRANFORMASI KTMB Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top