My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 February 2015

    KUMPULAN SEMUT API : PERANAN PUTERI SIAPA KETUANYA

    Dalam sesebuah parti politik tidak di nafikan perlu wujud satu entiti pemain media sosial yang akan bergerak sebagai silent voice di media alternatif seperti Facebook, Twiter, Blog dan portal berita online. Begitu juga Puteri UMNO Malaysia. Dikhabarkan mereka mempunyai barisan tentera semut yang "merayap" dalam menyerang, bertahan mahupun menyebarkan berita. Tetapi menjadi persoalan, siapakah yang mengetuainya serta apakah peranannya dalam menjadi suara Puteri?

    Jika kita lihat peranan media puteri, ada yang mengatakan mereka baru sahaja di tubuhkan sedangkan penulis di fahamkan unit media telah lama ada. Berbalik kepada tulisan penulis semalam tentang penyerahan urusan media kepada satu kumpulan swasta yang seolah-olah kini menjadi suara puteri. Menurut maklumat yang boleh di percayai, majoriti ahli puteri seolah-olah tidak menyedari kewujudan tentera semut ini serta tertanya-tanya. Siapakah jeneral di sebalik nama gah ini? Adakah mereka yang berada di dalam puteri sendiri atau pihak luar yang jelas kini di percayai oleh Ketua Puteri Umno, Saudari Mas Ermieyati.

    Penulis melihat sendiri apa yang telah berlaku baru-baru ini. Ada ahli bawahan jelas pelik dengan tindakan Saudari Mas Ermieyati yang lebih condong mengagungkan Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz sewaktu Arwah pulang kerahmatullah. Tiada yang salah menyatakan simpati. Tapi dari gaya olahannya seolah-olah mengakui Arwah seorang pejuang Islam tulin di Malaysia sekaligus menyerlahkan apa yang di dakwa PAS sebagai pejuang agama menentang pemerintahan sekular UMNO. Sekali lagi jelas tentera semut ini tidak react pada serangan sehingga membiarkan semua ini berterusan di mainkan di media sosial. Tidak seperti mantan ketua puteri sebelum ini, mereka pantas bertindak pantas menerusi semua saluran media sedia ada dalam menangkis serangan.

    Seperti penulis tegaskan sebelum ini. Biar mereka yang memahami apa itu perjuangan puteri bekerja dari bersandar harap kepada kumpulan yang pada zahirnya elok tapi dalamannya hancur musnah. Bahasa penggunaan kumpulan ini yang penuh caci maki serta penghinaan di media sosial jelas akan merosakkan imej puteri secara total sekaligus menyebabkan imej puteri di pandang tidak relevan pada masyarakat.

    Penulis hanya bertanya dan menegur. Bukan membenci. Hanya mahu Puteri kekal relevan dengan teguran membina. Bukan menghentam

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KUMPULAN SEMUT API : PERANAN PUTERI SIAPA KETUANYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top