My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 February 2015

    BENARKAH KETUA PUTERI UMNO UPAH CYTRO LUAR BANTU MEDIA PUTERI???

    Penulis baru menerima berita yang agak mengejutkan tentang Ketua Puteri Umno, Saudari Mas Ermieyati Haji Samsudin. Sebagai salah seorang yang penting dalam sesebuah part,  tindakan beliau kini agak mengejutkan serta mengecewakan barisan tertinggi parti yang di ketuai Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak serta ahli puteri UMNO amnya.

    Setakat jam ini, berita yang di terima penulis ada asasnya. Saudari Mas Ermieyati seolah-olah menolak sebarang usaha dari unit media UMNO menerusi Media Puteri untuk menyebarkan maklumat tepat tentang penglibatan Puteri dalam sebarang aktiviti. Sebaliknya beliau memilih unit media swasta yang dikatakan gah tapi terpalit dengan permasalahan peribadi yang sehingga ke saat ini masih di perkatakan.

    Apakah kewajaran meletakkan kepercayaan kepada kumpulan media sebegini sedangkan kumpulan ini dikhabarkan seumpama talam dua muka? Hala tuju kumpulan ini juga menimbulkan persoalan. Di satu masa menyokong UMNO tapi pada masa yang sama berpakat dengan pembangkang. Menurut sumber yang boleh di percayai, kumpulan ini di tawarkan sehingga RM 25,000 untuk melaksanakan agenda beliau sedangkan di dalam Puteri sendiri ada kumpulan media yang sepatutnya menjadi suara rasmi beliau.

    Penulis tidak nampak sebarang keperluan atas dakwaan ini. Bagi penulis biar orang yang arif menulis serta menyebarkan maklumat sahih tentang pergerakan puteri yang buat kerja. Bukan kumpulan yang bermasalah serta tiada arah tuju membuat kerja bagi pihak puteri. Dakwaan sebegini jelas mencemarkan imej puteri UMNO pada masyarakat serta langsung tidak membantu perkembangan puteri iu sendiri.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak menggunakan perkhidmatan "cytroo" berbayar dengan kadar bayaran yang diminta RM25k. Pasukan media Puteri UMNO Malaysia yg terdiri dari staff dalam Pejabat Puteri UMNO digunapakai semaksima mungkin. Adakala, rakan2 blogger Pro BN yang akrab dengan YB KPUM menawarkan perkhidmatan sukarela atas kapasiti persahabatan mereka sebelum beliau memegang jawatan KPUM.

      Selain itu, kita juga melatih ahli2 puteri yang ada bgi tujuan mempersiapkn mereka menjadi cytroo yang pro aktif & agresif menerang, menjawab & membidas isu. Dakwaan ini agak keterlaluan & TIDAK berasas sama sekali.

      ReplyDelete

    Item Reviewed: BENARKAH KETUA PUTERI UMNO UPAH CYTRO LUAR BANTU MEDIA PUTERI??? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top