My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 28 February 2015

    MASALAH PARKIR DI HOSPITAL SERDANG

    Hospital Serdang antara sebuah hospital yang di lengkapi dengan kemudahan canggih serta tenaga kerja yang profesional. Hospital yang terletak di sebelah tanah milik Universiti Pertanian Malaysia ini sentiasa menjadi tempat rujukan bagi mereka yang tinggal di kawasan Serdang, Seri Kembangan, Taman Equine, Putrajaya mahuoun Puchong.

    Di sebalik reputasi hebatnya sebagai antara hospital milik tercanggih milik kerajaan, terdapat satu masalah yang menghantui pihak pengurusan hospital. Masalah pakir kenderaan. Terdapat lebih kurang 160 tapak parkir awam dan kira-kira 40 tapak parkir di khaskan untuk kaki tangan. Jumlah ini jelas tidak mencukupi bagi menampung keperluan yang di hadapi oleh pihak hospital.

    Pada sesetangah hari di waktu puncak, para pesakit kadang-kadang terpaksa memakirkan kenderaan mereka sehingga jalan kelua Lebuh Raya Kajang Silk dimana ini jelas amat memberhayakan pesakit dan kenderaan mereka sendiri. Sudahlah mereka sakit, terpaksa berhadapan dengan bahaya dan tindakan undang-undang dari pihak Polis.

    Sesuatu harus dilakukan oleh pihak perbadanan hospital untuk mengatasi masalah ini. Ini bukanlah masalah baru yang di hadapi. Sudah berlarutan sejak pembukaan rasmi hospital berkenaan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MASALAH PARKIR DI HOSPITAL SERDANG Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top