My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 13 February 2015

    KRISIS KEPIMPINAN

    Selepas Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim di jatuhi hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan liwatnya, Pakatan Rakyat hari ini dilihat berdepan dengan krisis kepimpinan yang agak kronik.

    Jika kita lihat pada mesyuarat terakhir Majlis kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, seolah-olah Anwar tidak tahu siapa yang akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau juga kini berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen N044 Permatang Pauh. Jika kita renungkan kembali calon-calon pilihan yang ada, yang tinggal hanyalah Lim Kit Siang (Gelang Patah), Dato Seri Abdul Hadi Awang (Rhu Rendang), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Kajang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Rafizi Ramli (Pandan). Kesemua mereka hadir pada mesyuarat terakhir Pakatan Rakyat pada 8hb Februari yang lepas.

    LIM KIT SIANG

    Seorang calon paling senior di kalangan pilihan yang ada. Mengetuai DAP dalam banyak Pilihanraya Umum dari zaman Tun Abdul Razak sehingga kini. Pernah menjadi Ketua Pembangkang sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Mempertahankan kerusi Ipoh Barat sehingga PRU 12 sebelum beralih ke kerusi Gelang Patah pada PRU 13. Berpengalaman luas dalam hal ehwal politik Malaysia. Beliau terkenal dengan sikap ultra kiasu dimana sikap ini boleh menimbulkan ketidak stabilan Pakatan Rakyat.

    DATO SERI ABDUL HADI AWANG

    Diawal pembabitan Beliau dalam politik, beliau pernah mengeluarkan 1 amanat yang boleh di anggap punca perpecahan Melayu Islam di Malaysia. Menjadi Presiden PAS adalah antara tiket untuk beliau menjadi antara pilihan popular di Pakatan Rakyat. Di tambah lagi dengan keinginan DAP untuk meraih undi Melayu, bagi DAP inilah 1 1 nya jalan keluar selepas mereka kehilangan Anwar. Lebih dekat dengan kerajaan kini, kredibiliti beliau jelas tercabat dengan asakan PASMA, desakan melampau DAP supaya menjadi pak turut pada dasar DAP, desakan penyatuan ummah sehinggalah menangani masalah PAS. Ini jelas suatu bebanan tambahan jika beliau dipilih.

    DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

    Antara calon pilihan Anwar jika beliau di penjarakan. Apa yang terjadi di Kajang jelas menunjukkan betapa beliau hanyalah 1 remote control Anwar. Jika dilihat di lihat di Sidang DUN Selangor, cara beliau menangani sesuatu isu jelas menunjukkan betapa lemah beliau dalam memimpin 1 pakatan yang besar. Tidak mustahil beliau akan menjadi boneka untuk DAP di Parlimen. 1 1 nya kreteria yang melayakkan beliau tercalon hanyalah beliau individu yang paling rapat dengan Anwar. Bukan kredibilitinya.

    NURUL IZZAH ANWAR

    Anak kesayangan bapa, itulah tiketnya. Terkenal dengan tindakan liberalismenyam beliau dilihat masih mentah dalam menangani sebarang isu yang timbul. Masalah di Lembah Pantai yang masih belum di selesaikannya menambah lagi kekurangan kredibilitinya. Di tambah lagi dengan pengakuan beliau memfitnah Raja Nong Chik sewaktu PRU yang lepas. Jika beliau di pilih, kita akan dapat lihat 1 lagi bayangan Anwar di Parlimen tetapi sebarang usulnya hanyalah dari DAP & Anwar.

    RAFIZI RAMLI

    PKR jelas bergantung harap pada beliau untuk mencetuskan polemik & persepsi negatif pada kerajaan. Latar belakang sebagai antara yang berpendidikan tinggi menjadi sandaran beliau untuk tercalon. Tetapi apa yang berlaku di Pandan jelas menunjukkan kelemahan beliau dalam urus tadbir. Masalah sampah sarap yang kronik membelenggu penduduk Pandan. Di tambah pula beliau berhadapan dengan tindakan mahkamah yang berterusan, beliau jelas bukan pikihan utama sebagai ketua pembangkang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KRISIS KEPIMPINAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top