My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 February 2015

    KOMPLOT RAHSIA TERDEDAH!!!

    Perjumpaan diantara Wakil Pasma Dan Lim Guan Eng telah diadakan Di Komtar Pada 12hb Januari 2015. Pertemuan yang diadakan secara tertutup di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ini antara lain membincangkan kerjasama lebih erat antara PASMA dan sekutu paling berkuasa di dalam Pakatan Rakyat ini.

    Perjumpaan pada jam 11 pagi ini diwakili oleh :

    WAKIL PASMA

    1. Dato Phahrolrazi Zawawi
    2. Nasir Ahmad
    3. Taib Zakaria
    4. Dzulqarnain
    5. Rahman Talib
    6. Hazmi Hassan
    7. Sayuthi Omar
    8. Mohd Yusof Mohd Noor
    9. Zolkifly Md Lazim
    10. Nordin Majid
    11. Taib Ahmad
    12. Yusny Mat
    13. Muhaimin Sulam
    14. Yacob Ali
    15. Roshidi Husin

    WAKIL DAP
    1. Lim Guan Eng
    2. Ramasamy
    3. Chow Kon Yeow
    4.Jeff Ooi
    5.Lim Hock Seng
    6. Zairil Khir Johari
    7. Ong Ah Teong
    8. Harvinder singh
    9. Ng Wik Aik
    10. Chong Eng

    Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Lim Guan Eng dan beliau menzahirkan perasaan gembira dengan kehadiran PASMA. Manakala Dato Phahrolrazi pula memberi jaminan kepada DAP menerusi Lim Guan Eng bahawa PASMA akan sentiasa membantu DAP dalam segala urusan asalkan ada mahupun tiada permintaan dari pihak DAP.

    Dalam pertemuan ini juga beliau menegaskan akan memberi komitmen 100% dalam misi menumbangkan Presiden PAS ketika ini, Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar PAS pada tahun ini dan di gantikan dengan Timbalan Presiden PAS sekarang, Mat Sabu. Komitmen yang sama juga di suarakan dalam memberi jaminan kepada DAP dalam memastikan DAP dapat menawan undi di kawasan penduduk Islam di Sarawak untuk Pilihanraya Negeri nanti.

    Sebagai balasan, PASMA memohon Lim Guan Eng mempertimbangkan untuk meletak wakil PASMA di dalam mempengerusikan JKKN  begitu juga sebarang lantikan ahli majlis MPPP dan MPSP dimana sebarang penjawat yang dari PAS haruslah disingkirkan serta meletakkan wakil PASMA sebagai ganti.

    Dalam masa yang sama, Lim Guan Eng menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan Pengerusi JKKN yang diberi kuota kepada PAS akan diberikan kepada PASMA. Beliau juga menzahirkan harapan besar agar Presiden Pas kini dan golongan ulama syura dapat ditumbangkan dalam pemilihan tahun ini dan golongan PASMA akan menguasai PAS sebagai salah satu cara memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

    Lim Guan Eng juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini dengan segala perbelanjaan akan ditangung sepenuhnya oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Untuk rujukan Johor adalah kawasan yang di sasarkan oleh DAP pada pilihanraya yang akan datang bagi melemahkan kuasa UMNO.

    Lim Guan Eng menerusi Dap pusat akan memberi peruntukan sebanyak setengah juta ringgit kepada PASMA setiap 3 bulan dalam melaksanakan sebarang agenda yang di bawa DAP. Dalam hal ini jelas menunjukkan PASMA telah mencapai kata sepakat dengan DAP untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan dilakukan pada Mei 2016 san Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang.

    Fokus mereka jelas, PASMA akan menarik undi dari kawasan penduduk Islam bagi mengundi siapapun calon dari pihak DAP. Tindakan mereka ini jelas sari pengkhianatan paling besar untuk Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan Ulama di majlis Syura. Mesyuarat ini di tangguhkan pada jam12.50 tengah hari dan masih terdapat perbincangan secara sulit di antara kedua-dua delegasi dalam menentukan helah dan cara yang terbaik dalam melaksanakan plan masing-masing.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KOMPLOT RAHSIA TERDEDAH!!! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top