My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 February 2015

    TAWARAN BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM

    Dr Syed Omar Syed Agil sekarang ini Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal (IPB) atau Institut Profesional Baitulmal dan merupakan sebuah kolej yang di miliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

    Beliau memohon semua guru seluruh Malaysia untuk membantu pihak IPB mengenal pasti pelajar pelajar Muslim yg ketika ini sedang menunggu keputusan SPM dan berkelayakan dari keluarga asnaf dan miskin untuk di tawarkan biasiswa Baitulmal.

    Biasiswa Baitulmal ini adalah daripada duit zakat yang di berikan oleh umat Islam kepada MAIWP setiap tahun. Sebahagiannya di berikan kepada pelajar pelajar asnaf yg menuntut di IPB.
    Setakat ini IPB telah melahirkan 8,000 graduan yg telah berjaya membina kerjaya mereka dan sebahagian besarnya sebelum ini dari keluarga yg berpendapatan rendah dan miskin. Jumlah pelajar ketika ini adalah 2000 orang.

    Bantua  Biasiswa dari IPB ini adalah untuk pelajar pelajar yang ingin mendapatkan bantuan untuk menyambung pengajian mereka selepas SPM. Biasiswa ini tidak perlu di bayar balik.

    Biasiswa Baitulmal Untuk Pelajar Miskin lepasan SPM seluruh Malaysia Yg Ingin Menuntut di Institut Profesional Baitulmal. Jangan Lepaskan Peluang ini. Program Pertama di Malaysia dan LCCI serta CAT. Kemasukan adalah untuk bulan April 2015. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.ipb.edu.my atau hubungi di talian Jabatan Pemasaran 03-92814054 atau watssapp 0126299845

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TAWARAN BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top