Sebelum ini penulis pernah mengeluarkan satu artikel berkaitan ketidak percayaan Ketua Puteri Umno Malaysia, Dato Mas Ermieyati Samsudin terhadap fungsi media sosial Puteri itu sendiri sehingga mendorong beliau mengupah kumpulan aktivis media menjadi jurucakap dan membawa imej beliau dalam media maya ini.
Terkini episod ini sudah mula membuka lembaran baru. Menerusi sebuah akaun palsu yang bernama Ahmad Salamun yang begitu giat cuba menjatuhkan kredibiliti Cik Mimie Hariani Alias, Exco Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Biro ICT dan Media Sosial Puteri Umno Malaysia, satu laporan polis sudah dibuat terhadap semua posting yang cuba menjatuhkan beliau. Laporan di Balai Polis Shah Alam itu juga jelas menarik perhatian Ketua Puteri, Penerangan dan Ketua Kumpulan cytro yang dipercayai di upah Ketua Puteri berkenaan.
Antara lain laporan ini bertujuan menangkis sebarang tuduhan liar dari pemilik akaun Facebook palsu ini serta cuba menjatuhkan maruah dan kredebiliti beliau.
Apa yang menghairankan, kenapa hal sebegini boleh terjadi? Bukan penulis mahu mencampuri urusan polis, cuma dari penelitian penulis, ia jelas dilakukan oleh orang dalaman Puteri itu sendiri dan dari penilitian penulis, dari gaya penulisan dan tata bahasa, ianya jelas dilakukan oleh dua individu berbeza dari kumpulan yang di percayai Ketua Puteri berkenaan dan bermotifkan memecah belahkan sesama exco di dalam Puteri.
Apakah semua ini masih tidak di pedulikan oleh seorang yang sudah dilantik sebagai ketua? Cubaan memecah belahkan hubungan baik ketua dan barisan exconya sedang berlaku. Perlukah membuka segala hubungan kumpulan ini dengan beberapa VVIP di dedahkan baru Ketua Puteri Umno ini sedar yang beliau kini sedang di pergunakan? Jika tidak sayangkan pergerakan ini, tidaklah penulis berterusan menegur kesilapan yang sedang berlaku.
Perlukah Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang disayangi oleh penulis ini mengupah atau menggunakan khidmat swasta untuk merancakkan Biro Media Sosialnya sedangkan mereka sendiri punya Biro dan kemantapan ahli yang terbaik untuk mencernakan perjalanan media puteri secara sendiri?
ReplyDeletePerlukah Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang disayangi oleh penulis ini mengupah atau menggunakan khidmat swasta untuk merancakkan Biro Media Sosialnya sedangkan mereka sendiri punya Biro dan kemantapan ahli yang terbaik untuk mencernakan perjalanan media puteri secara sendiri?
ReplyDelete