My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 14 February 2015

    ANCAMAN TERHADAP SABAH & SARAWAK

    Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) merupakan antara ancaman kepada keharmonian hubungan Tanah Besar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Idealogi bertunjangkan kemerdekaan secara total Sabah dan Sarawak kini sudah membuka lembaran baru terhadap pemisahan ini. Jika kita lihat pada pergerakan ini, mereka seolah-olah bergerak seumpama Partai Kominis Borneo dimana mereka menyemai persepsi negatif terhadap sebarang impak kemajuan yang di bawa pemerintah.

    Pengasasnya, Doris Yap Jones @ Doris Jones baru-baru ini telah di kehendaki oleh pihak polis atas alasan menyemai benih pemberontakan di kalangan penduduk Sabah. Malah idealogi ini kini sudah mula merebak ke utara Sarawak serta makin berkembang.

    Doris Jones kini di percayai berlindung di Britain. Usaha menangkap Doris kini di serahkan kepada pihak International Police (INTERPOL) serta jika di tangkap dia boleh di ekstradisi ke Malaysia kerana Negara mempunyai perjanjian ekstradisi komanwel dengan pihak berkuasa Britain.

    Menerusi status Facebooknya (sebelum di padamkan Doris) terdapat ancaman terhadap agensi penguatkuasaan Negara dimana negara masih mengalami kejutan akibat serangan Pengganas Sulu sebelum ini. Ini jelas menunjukkan seolah-olah terdapat kaitan Doris dengan pengganas Sulu dan Barisan Pembebesan Moro di bawah Nur Misuari serta di tunjangi pemimpin pembangkang tempatan dan juga DAP.

    Penulis juga menyertakan beberapa nama yang di percayai bersekongkol dengan Doris dalam menyebarkan fahaman eksterimis sebegini. Mereka semua di percayai masih berada di dalam negara dan juga Sabah.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ANCAMAN TERHADAP SABAH & SARAWAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top