My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 22 February 2015

    PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KUCHING

    Pasar Malam Bergerak Kuching akan beroperasi dalam masa terdekat ini. Usaha daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Kuching dan Pihak Berkuasa Tempatan ini bertujuan membantu usahawan tani dan usahawan kecil-kecilan dimana pasar malam tersebut tidak akan tetap pada satu tempat sahaja setiap malam.Pasar malam akan dibuat selama 4 hari dari hari Ahad malam Isnin hingga Khamis malam Jumaat di mana setiap malam akan diadakan di lokasi yang berbeza.

    Sebagai contoh malah Isnin di Sukma, malam selasa di Semarak, malam rabu di matang Jaya. Masa jualan pasar malam dari jam 6pm hingga 12 tgh mlm. Pelbagai produk jualan akan diadakan dari makanan basah, makanan kering, pakaian, bundle, kasut, jam, aksesori dan sebagainya, asalkan tidak menjual pelbagai barangan berbahaya seperti senjata api atau dadah.

    Jadual yang telah dirangka rapi ini akan dipantau oleh Jawatan kuasa Pengelola yang dilantik oleh PKBS atas nasihat pihak Pejabat Residen.
    Para peniaga yang selama ini berniaga di rumah atau cuba ingin mengembangkan produk dan perniagaan anda yang berada di sekitar kawasan Kuching, Sarawak adalah dijemput untuk mengambil bahagian.

    Setakat ini,Pasar Malam ini akan melibatkan kawasan yang dicadangkan seperti berikut :
    a) Perkarangan Pusat penjaja Semarak, Gita Kuching
    b) Perkarangan Bangunan RHB Bank Matang Jaya
    c) Perkarangan Sukma Ria, Taman Sukma Petrajaya
    d) Perkarangan Pasar Demak laut
    e) Kawasan Dockyard, Main Bazaar, Kuching.

    Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi En Kaharuddin di talian 01115217730 samada melalui sms, whatsapp serta panggilan terus. Peringkat pengambilan peserta akan dibuat setelah kelulusan dan proses permit dan dokumen dengan pihak PBT dan pihak-pihak yang berkenaan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KUCHING Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top