My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 3 April 2018

    'Kerja Gila Mahu Lawan Hamidin'



    PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menyifatkan ia menjadi satu perbuatan ‘gila’ jika ada mana-mana calon menawarkan diri untuk bertanding melawan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi me–rebut jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu pada Kongres FAM yang dijangka berlangsung 14 Julai depan. 

    Semalam, barisan Exco FAM bersetuju menerima surat peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM, sekali gus satu pemilihan akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

    Yusoff berkata, mana-mana individu yang dicalonkan daripada ahli-ahli gabungan FAM boleh bertanding jawatan Presiden FAM, namun menyifatkan ia akan menjadi langkah sia-sia untuk melawan Hamidin.

    Ini kerana, Yusoff menganggap kewibawaan serta pengalaman luas Hamidin dalam arena bola sepak tempatan antara faktor utama mengapa beliau layak menjadi presiden baharu FAM. “Saya harap keputusan sebulat suara Exco FAM tadi memberi satu isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM.

    “Bola sepak negara tidak mampu lagi berdepan kemelut memandangkan kita dalam proses membina satu landskap berbeza untuk menjadikan bola sepak negara lebih baik. Justeru, mana-mana calon lain yang mahu bertanding harus memikirkan kesannya kepada negara, bukan kata tidak boleh bertanding. Perkara ini juga sudah diperjelaskan kepada semua Exco FAM.

    “Kalau nak dikirakan jawatan Presiden FAM, saya pun paling dekat (bertanding), Datuk Seri Subahan Kamal sebagai Timbalan Presiden FAM pun paling dekat (bertanding), namun masing-masing menolak agenda peribadi bagi menentukan perubahan ini dapat beri kesan lebih baik kepada bola sepak negara,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

    Dalam perkembangan sama, Hamidin mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Presiden FAM selepas mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. “Saya begitu terharu dengan sokongan daripada Exco FAM yang semuanya dengan satu niat iaitu supaya peralihan dapat dijalankan dengan baik selain kita mahu melihat sukan bola sepak negara tidak tersekat atau berada dalam kemelut.

    “Saya melihat sokongan banyak pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan saya memikirkan dari pelbagai sudut, jadi saya ingin memaklumkan saya bersedia bertanding jawatan Presiden FAM pada Kongres 14 Julai nanti,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Kerja Gila Mahu Lawan Hamidin' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top