My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 26 February 2015

    MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATO HUAN

    Dato Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia hari ini menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama penggiat Media Sosial bertempat di Swiss Delight, KL Sentral, Kuala Lumpur.

    Majlis berkonsepkan santai ini di hadiri oleh beberapa nama besar penggiat media sosial serta di hadiri oleh Exco Puteri Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Biro IT dan Media Sosial Puteri Umno Malaysia, Cik Mimie Hariani Alias. Ternyata banyak persefahaman dan ilmu yang di kongsi bersama dengan Dato Huan atas usaha beliau menaikkan nama kumpulan media beliau sendiri.

    Antara lain beliau mengingatkan bahawa pertelagahan sesama kumpulan yang memperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional amat merugikan parti secara keseluruhannya. Beliau juga menegaskan bahawa musuh Barisan Nasional bukan sesama sendiri tetapi adalah dakyah serta persepsi dari pembangkang yang suka melihat perpecahan sesama kaum di Malaysia.

    Majlis yang bermula pada jam 4 petang ini juga menerapkan semangat setiakawan sesama pasukan serta kekuatan ilmu dalam melawan dakyah pembangkang. Majlis tamat pada jam 7.30 malam.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    Item Reviewed: MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATO HUAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top