My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 August 2016

    Belajar Habis Dahulu Sebelum Mahu Menceburi Politik



    Sejak Pilihan Raya ke 13 yang lalu, beberapa akta mengenai kebebasan bersuara digubal sesuai dengan kehendak ramai pihak. Malah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga turut dimansuhkan hasil desakan pihak pembangkang. Semuanya dilakukan untuk melihat, sejauh mana rakyat negara ini terutamanya pembangkang dapat menggunakan kebebasan seumpama ini dengan sebaiknya.

    Namun, jika sudah namanya pembangkang, tetap pembangkang. Sejak akta kebebasan bersuara dan ISA dimansuhkan, mereka sewenang-wenangnya mengadakan perhimpunan, memfitnah, malah lebih teruk lagi, mereka sudah berani mengheret pihak luar untuk mencampuri urusan negara. Lebih menyedihkan, anak-anak muda yang masih menuntut di Universiti juga turut mereka gunakan untuk menentang kerajaan.

    Kita mungkin biasa mendengar nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Fahmi Zainol dan ramai lagi anak muda yang umurnya baru sahaja mencecah angka 21, tetapi mereka sanggup turun ke jalanan menghasut ramai pihak untuk menjadi penderhaka kepada pemimpin dan negara. Sikap anarki mereka ini cukup mengecewakan.

    Manakan tidak, mereka masih lagi menuntut, malah kebanyakan mereka, masih lagi dibiayai oleh PTPTN dan juga kedua ibu bapa mereka. Namun, dari cara mereka berdemo, mereka mendakwa rakyat Malaysia sedang mengalami kesusahan melampau sehingga pernah ada penuntut universiti tempatan mendakwa, mereka terpaksa ikat perut akibat desakan taraf hidup.

    Apa yang sedang berlaku kepada penuntut universiti sekarang ini? Jika dahulu, anak-anak muda memasuki menara gading untuk menjamin masa depan gemilang. Malah, orang sekeliling mereka cukup menyanjung golongan ini dan disifatkan orang-orang bijak dan terpelejar.

    Adakah hari ini mereka "kekurangan ajar" sehingga jika dibayar RM 100 sekalipun, mereka sanggup menggadaikan pembelajaran dan masa depan mereka? Lebih melucukan, ada diantara mereka yang masih belum lagi mendaftarkan diri sebagai pemilih berdaftar, namun bercerita tentang hal ehwal politik. Adakah ini yang mereka belajar di universiti?

    Sepatutnya, pihak pengurusan universiti tempatan mengambil tindakan keatas sikap mereka ini. Universiti ada imej yang mahu dijaga dimana standard mereka juga masih dipandang tinggi oleh masayarakat. Jangan disebabkan segelintir pelajar yang sanggup menjual maruah mereka demi RM 100, sanggup berdemo sedangkan perbelanjaan mereka juga masih ditanggung oleh PTPTN dan ibu bapa mereka, imej pusat pengajian akan tercemar.

    Sesuatu harus dilakukan untuk menyedarkan mereka bahawa dalah menjadi keperluan untuk mereka menyelesaikan pengajian mereka terlebih dahulu sebelum menyertai politik. Cukup menyedihkan apabila melihat, kesemua mereka yang berdemo di jalanan adalah anak Melayu disaat anak-anak kaum lain sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

    Andai peratusan anak-anak kaum lain jauh lebih cemerlang berbanding anak Melayu dipaparkan, antara komennya adalah kerajaan lebih mengutamakan anak bukan Melayu di IPT dan IPTS. Namun hakikatnya, anak Melayu sendiri menggadaikan maruah dan masa depan hanya untuk mendapat sedikit imbuhan dan berdemo dijalanraya walaupun umur mereka masih belum layak untuk mengundi. Ini hakikat yang harus mereka terima.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belajar Habis Dahulu Sebelum Mahu Menceburi Politik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top