My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 August 2016

    Budak Dibunuh, Dibuang Ke Gaung



    Misteri kehilangan seorang budak lelaki comel berusia lima tahun sejak tujuh hari lalu berakhir penuh tragis selepas mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam gaung berhampiran sungai di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di Ampang Jaya semalam. 

    Lebih menyayat hati mayat kanak-kanak tidak berdosa itu yang dibunuh dijumpai dalam keadaan tidak cukup sifat selepas dipercayai ada anggota badannya yang dipotong. Lokasi penemuan mayat kanak-kanak tersebut terbongkar selepas polis menangkap seorang suspek yang merupakan abang tiri mangsa sendiri sebelum dia membawa polis ke lokasi tersebut.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd. Ali, mayat itu telah dikenal pasti sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang dilaporkan hilang di Surau Al-Hijrah berdekatan Kawasan Perumahan Awam Jinjang yang terletak kira-kira 22 kilometer dari Kampung Kemensah.

    “Pihak polis telah mengesahkan identiti mayat itu sebagai Edrus dan setakat ini hanya ada satu tangkapan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Budak Dibunuh, Dibuang Ke Gaung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top