My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 August 2016

    Pembunuh Imam Di New York Didakwa


    Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam selepas disyaki menembak mati seorang imam dan pembantunya dalam kejadian berdekatan sebuah masjid di Queens, dekat sini Sabtu lalu. Oscar Morel, 35, didakwa atas dua kesalahan membunuh dan dua tuduhan kerana memiliki senjata api. kata seorang detektif Jabatan Polis New York, Hubert Reyes. 

    Pembunuhan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Islam sekali gus menuntut kawalan keselamatan dipertingkatkan selain ratusan orang yang menghadiri majlis pengebumian di daerah Queens menuntut keadilan untuk kedua-dua mangsa itu.

    Salah seorang mangsa dikenali sebagai Maulama Akonjee, 55 yang berhijrah dari Bangladesh ke Amerika Syarikat, manakala pembantunya, Thara Uddin berusia 64 tahun. Kedua-dua mangsa ditembak mati di satu kawasan kejiranan Taman Ozone pada Sabtu lalu.

    Morel pula berjaya ditahan pada Ahad lalu. Polis menemui sepucuk pistol dan pakaian yang ditemui di rumah suspek yang dikatakan sama seperti yang dipakai pada hari kejadian. “Morel berada di kawasan pembunuhan itu selama lapan minit sebelum pembunuhan berkenaan dan kemudian bertindak melarikan diri,” kata Ketua Penyiasat Robert Boyce.

    Pihak polis berkata, Morel yang berasal dari timur New York ber­kerja di sebuah gudang. Sementara itu, Datuk Bandar Raya New York, Bill de Blasio yang turut memberi penhormatan terakhir dalam majlis pengebumian itu berjanji akan mengerahkan anggota polis tambahan untuk melindungi kawasan masjid dan komuniti Islam selepas ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembunuh Imam Di New York Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top