My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 August 2016

    Perkembangan Atlet Malaysia Di Olimpik Rio 2016



    Acara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia, acara terjun 10 meter platform yang menjadi sandaran negara untuk mengutip sekurang-kurangnya sebutir lagi pingat dari Ratu Terjun Negara, Pandalela Rinong, agak sedikit menghampakan. 

    Di sertai dengan seorang lagi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, mereka menunjukkan persembahan yang agak hambar apabila Pandelela hanya menamatkan penyertaannya di tangga 11 dengan 330.45 dan Nur Dhabitah pula ditangga ke 9 dengan catatan markah keseluruhan 338.0 mata.

    Pencapaian ini gagal mengulangi kejutan yang hadir dari bumi London apabila Pandelela pada ketika itu menyumbang pingat gangsa buat negara dan sekaligus menjadikan atlet wanita pertama yang berjaya memenangi pingat buat negara.

    Acara ini dimenangi oleh penerjun dari China Ren Qian dengan catatan markah keseluruhan 439.25 mata. Pingat perak pula dimenangi oleh Si Yajie dari China dengan catatan keseluruhan 419.40 mata dan pingat gangsa pula dimenangi oleh Meaghan Benfeito dari Kanada dengan catatan 389.20 mata.

    Sementara itu, di lapangan golf, dua atlet Malaysia, Kelly Tan dan Michelle Koh mempamerkan aksi hambar apabila sekadar mencatatkan tujuh diatas par dengan 78 pukulan dan lapan diatas par dengan 79 pukulan bagi menamatkan saingan hari pertama di kedudukan 54 dan 56 daripada 60 peserta.

    Menurut Kelly, masalah bermula seawal lubang kedua ketika beliau melakukan double bogey dan melakukan pukulan yang sama pada lubang keempat dan ketujuh serta bogey pada lubang ketiga, kelima dan kesepuluh. Kelly hanya mencatatkan birdie pada lubang kelapan dan keenam belas.

    Pukulan Michelle pula terencat selepas melakukan bogey berturut-turut bermula lubang kelapan hingga lubang ketiga belas dengan hanya berjaya mencatatkan satu birdie pada lubang ketiga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perkembangan Atlet Malaysia Di Olimpik Rio 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top