My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 August 2016

    Menteri Dituduh Miliki 2 Kerakyatan


    Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Arcandra Tahar, masih mengambil sikap berdiam diri mengenai dakwaan dia mempunyai dua kerakyatan. Arcandra enggan menjawab soalan atau membuat sebarang penjelasan mengenai dakwaan dia warga Amerika Syarikat ketika ditemui wartawan selepas pertemuan ringkas dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Wiranto.

    “Nanti, tunggu sahaja,” kata Arcandra kepada wartawan ketika dia meninggalkan pejabat Wiranto. Media sosial Indonesia heboh minggu lalu mengenai dakwaan Arcandra mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat.

    Undang-undang Indonesia menetapkan menteri negara itu hanya terdiri daripada rakyat Indonesia, sekali gus mengharamkan rakyat negara lain dilantik memegang jawatan itu. Arcandra sebelum ini membuat kenyataan samar-samar berhubung dakwaan itu

    Sabtu lalu dengan berkata, dia berasal dari Padang, Sumatera Barat. Pihak Istana pula mempertahankannya kelmarin dengan berkata menteri baru itu memegang dan memasuki Indonesia menggunakan pasport negara itu.

    Bagaimanapun, pakar undang-undang, Denny Indriyana berkata, memegang pasport Indonesia bukan bukti Arcandra benar-benar rakyat Indonesia. “Yang penting sama ada menteri baru itu menyatakan taat setianya kepada Amerika Syarikat sepanjang 20 tahun lalu dia tinggal di negara itu,” katanya
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Menteri Dituduh Miliki 2 Kerakyatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top