My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 21 August 2016

    Lapan Konsert Paling Berdarah Dalam Sejarah



    Dikalangan anak muda, berita yang paling menarik perhatian adalah penganjuran konsert yang melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik. Biarpun berapa harga tiket konsert berkenaan, andai kena pada masa dan artisnya, pasti tiket berkenaan akan habis dijual.

    Konsert adalah tempat pertemuan peminat muzik untuk bersama-sama menghayati muzik kegemaran mereka. Namun, pelbagai insiden tidak terduga boleh berlaku dalam mana-mana konsert sekali gus meragut banyak nyawa penonton malah penyanyi sendiri.

    Berikut antara ‘konsert berdarah’ yang pernah berlaku di seluruh dunia dan tidak dilupakan sepanjang zaman.

    1. Konsert kumpulan Eagle of Death

    Seramai 118 terbunuh di La Bataclan, Paris akibat tragedi serangan pengganas dalam konsert band rock Amerika Syarikat, Eagle of Death di La Bataclan, Paris pada 13 November tahun lalu tentu paling diingati.

    Kejadian digelar ‘Parisian Terror Massacre’ itu berlaku ketika band itu mempersembahkan lagu Kiss The Devil apabila sekumpulan pengganas melepaskan tembakan secara rambang terhadap lebih 1,500 penonton hingga meragut 118 nyawa. Dalam tragedi itu, anggota Eagle of Death iaitu Dave Catching, Julian Dorio, Eden Galindo dan Matt McJunkins terselamat tetapi pekerja mereka yang bertugas di kaunter menjual cenderahati, Nick Alexander terbunuh.

    2. Konsert kumpulan Great White

    Seramai 100 orang mati di kelab The Station Ketika band rock Great White membuat persembahan di kelab The Station di West Warwick, Rhode Island, Amerika Syarikat pada 20 Februari 2003, berlaku insiden kebakaran yang berpunca daripada kesan khas api ‘pyrotechnics’.

    Api yang menyambar dengan pantas menyebabkan sebahagian besar penonton gagal menyelamatkan diri. Tragedi itu menyebabkan 100 terbunuh, manakala 230 cedera. Penonton yang terselamat pula sebahagian besarnya mengalami trauma.

    3. Konsert kumpulan Burn

    Seramai 66 orang rentung dalam konsert Burn di Bangkok.  Secara kebetulan, ketika band yang dikenali sebagai Burn sedang membuat persembahan Santika Club, Watthana, Bangkok pada 1 Januari 2009, berlaku satu insiden kebakaran. Dalam persembahan yang diadakan sempena sambutan tahun baru itu, 66 penonton terbunuh manakala 222 cedera. 

    4. Konsert Altamont Free Festival

    Tragedi Altamont Free Festival Konsert percuma yang berlangsung 6 Disember 1969 ini sepatutnya dikenang sebagai antara konsert terhebat selepas Woodstock Festival di White Lake, New York beberapa bulan sebelum itu, tetapi ia akhirnya dikenang sebagai antara ‘konsert berdarah’ apabila empat orang terbunuh manakala 850 cedera akibat rusuhan.

    Konsert ini menampilkan persembahan band rock popular ketika itu seperti Rolling Stones, Grateful Dead, Santana, Jefferson Airplane, The Flying Burrito Brothers dan Crosby, Stills, Nash & Young. Kesilapan terbesar penganjur ialah apabila mereka mengupah anggota kumpulan bermotosikal Hells Angels yang sinonim dengan aktiviti jenayah untuk menjaga keselamatan penonton.

    Penggunaan dadah secara bebas di konsert terbabit membuatkan keadaan makin tidak terkawal apabila penonton mula bergaduh sesama sendiri. Apabila penonton semakin tidak terkawal, anggota Hells Angels yang bersenjatakan rantai dan kayu snuker bertindak memukul mereka.

    Ketika Rolling Stones membuat persembahan, seorang penonton Meredith Hunter cuba menghampiri pentas, tetapi dia ditumbuk anggota Hells Angels yang berkawal. Dia kemudian kembali ke depan pentas dengan pistol, tetapi dipukul dan ditikam berkali-kali oleh anggota Hells Angels, Alan Passaro hingga mati.

    5. Konsert Kumpulan Metallica dan Gun N' Roses

    Pada 1992, Metallica dan Guns N’ Roses adalah dua band rock paling popular di dunia dan kedua-duanya bergabung mengadakan persembahan di Stadium Olimpik Montreal, Kanada pada 8 Ogos 1992.

    Namun, konsert ini akhirnya dikenang sebagai konsert paling buruk dalam sejarah muzik rock akibat rusuhan penonton yang tidak terkawal. Penonton bukan saja merusuh dalam stadium, tetapi di sekitar bandar raya Montreal dengan membakar kereta, memecahkan tingkap dan sebagainya.

    Semuanya bermula apabila penyanyi dan pemain gitar Metallica, James Hetfield cedera apabila tangannya terbakar akibat kesan khas api ‘pyrotechnic’. Kejadian itu menyebabkan Metallica menamatkan persembahan lebih awal apabila Hetfield dikejarkan ke hospital. Ia menyebabkan penonton terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum Guns N’ Roses muncul di pentas. 

    Bagaimanapun, tidak sampai sejam membuat persembahan, Guns N’ Roses menghentikan persembahan apabila penyanyinya, Axl Rose mengadu mengalami masalah vokal. Penonton yang sebelum itu sudah resah akibat terpaksa menunggu lama untuk menonton aksi Guns N’ Roses akhirnya ‘mengamuk’ hingga berlakunya rusuhan yang menyebabkan kerugian besar.

    Akibat kejadian itu, Guns N’ Roses diharamkan daripada membuat persembahan di stadium berkenaan seumur hidup.

    6. Konsert Kumpulan The Who

    Seramai 11 orang mati menonton The Who Dalam The Who In Concert yang diadakan di Riverfront Coliseum, Cincinnati, Amerika Syarikat pada 3 Disember 1979 ini, tiada kategori tiket disediakan dan penonton bebas untuk duduk di mana-mana.

    Akibatnya, penonton berebut-rebut dan berasak-akan mendapatkan kedudukan terbaik di depan pentas yang akhirnya mengakibatkan 11 maut dan lebih 20 penonton cedera. Kejadian berlaku di pintu masuk stadium apabila penonton berebut-rebut untuk masuk dan sebahagian besarnya meninggal dunia akibat lemas dan terhimpit.

    Ketika itu, The Who yang dianggotai Roger Daltrey (penyanyi), Pete Townshend (gitar), John Entwistle (bass) dan Keith Moon (dram) hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika mereka menyampaikan lagu terakhir.

    7. Konsert Woodstock '99 dan Limp Bizkit

    Woodstock ‘99 yang berlangsung di Rome, New York, Amerika Syarikat pada 24 Julai 1999 turut diingati sebagai antara konsert yang ‘menakutkan’. Ketika band nu metal popular, Limp Bizkit membuat persembahan, berlaku pelbagai insiden menakutkan apabila beberapa penonton wanita dirogol beramai-ramai.

    Sekurang-kurangnya empat laporan membabitkan kes rogol dilaporkan sebaik konsert berkenaan tamat. Ketika band Red Hot Chili Peppers mengambil alih pentas, penonton menjadi semakin agresif dengan mengumpil dinding serta pagar keselamatan dan membakarnya.

    8. Konsert Ngeri Marilyn Manson

    Marilyn Manson sentiasa cuba memberikan kejutan kepada peminat dan penonton yang hadir ke setiap persembahannya. Dalam konsertnya di Freakers Ball, Kansas City, Amerika Syarikat pada Oktober 2003, kejutan diberikan olehnya menjadikan penonton agresif.

    Selepas selesai menyampaikan lagu keduanya, 12,000 penonton mula bertindak merosakkan pagar keselamatan. Malah, segelintir penonton turut membaling batu dan botol berisi air kencing kepada anggota polis.

    Inilah sebahagian insiden-insiden berdarah dan mengerikan sepanjang berlangsungnya konsert-konsert berkenaan. Pihak berkuasa yang menyiasat insiden-insiden pada konsert ini merumuskan bahawa kesemua mangsa dan penyerang yang terlibat berada dibawah pengaruh dadah dan majoritinya berada dalam keadaan terlalu mabuk.

    Tiada salah untuk berhibut, namun usah sesekali berani mengambil barang terlarang kerana apa yang paling dirisaukan adalah, kejadian-kejadian yang tidak diingini pasti berlaku terutamanya apabila para penonton sudah semakin seronok sehingga gagal mengawal diri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lapan Konsert Paling Berdarah Dalam Sejarah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top